30 Perkara yang membuatkan rakyat UK mencarut ketika memandu - kajian Hyundai

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin merupakan sebuah kajian yang agak kelakar akan tetapi ia sebenarnya menunjukkan bagaimana sikap sebenar para pemandu di atas jalan raya terutama ketika menghadapi insiden yang tidak diduga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian yang dijalankan oleh Hyundai UK terhadap 2,000 orang, mereka mendapati pengguna jalan raya akan mencarut sekurang-kurangnya 41 kali untuk setiap jarak 160 km yang dilalui seharian. 

Ini bermakna untuk setiap jarak 4 km, mereka akan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak dengan purata carutan dicatatkan sebanyak 152 kali untuk jarak purata perjalanan 600 km pergi dan pulang dari tempat kerja seharian. 


Kajian itu juga mendapati 9 daripada 10 orang warga UK mengaku mereka mencarut ketika sedang memandu, walaubagaimanapun sebanyak 61% golongan ibu bapa menjaga bahasa mereka atau mengeluarkan bahasa mencarut yang mesra kanak-kanak ketika sedang bersama keluarga di dalam kenderaan masing-masing. 

Berikut merupakan senarai 30 perkara yang mengundang carutan di kalangan warga UK. 
 

1. Seseorang memotong laluan
2. Apabila kereta di hadapan menukar laluan tanpa isyarat
3. Anda melihat orang lain memandu sambil menggunakan telefon pintar
4. Apabila orang lain tidak memberikan isyarat ketika membelok/masuk simpang
5. Pejalan kaki melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan
6. Kereta dari arah hadapan lupa menutup fungsi lampu suluhan tinggi
7. Kereta hadapan terlalu perlahan
8. Kereta parkir tidak betul sehingga memakan dua ruang
9. Apabila kereta hadapan tidak berterima kasih setelah diberikan laluan
10. Kereta yang kekal perlahan di laluan laju di lebuhraya
11. Tersekat di belakang traktor yang bergerak perlahan
12. Apabila seseorang membunyikan hon ke arah anda
13. Penunggang basikal melanggar lampu merah
14. Lori memotong lori, menyebabkan kesesakan di belakang
15. Terkena perangkap had laju
 


16. Tersekat dalam trafik yang sibuk
17. Terpaksa memandu di belakang penunggang basikal
18. Lewat ke tempat kerja
19. Kesesakan trafik yang teruk
20. Apabila kereta memotong dari sebelah kiri
21. Kereta lain memecut melepasi kereta anda
22. Tersekat di belakang lori
23. Pemandu ambil masa terlalu lama untuk parkir kenderaan
24. Memandu perlahan sambil melihat kejadian kemalangan di seberang jalan
25. Penumpang belakang beri komen terhadap setiap perbuatan pemandu
26. Tersekat di belakang bas
27. Tersekat di belakang milk float (khidmat penghantaran susu segar)
28. Terlanggar lampu isyarat merah
29. Berhenti kerana bonggol
30. Tersekat jalan akibat kemalangan di hadapan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Antara model Proton yang sudah pun lama dihentikan produksinya disebabkan oleh kurang permintaan,…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…