30 kes kemalangan berkaitan sistem pemanduan Tesla sedang disiasat di AS

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Agensi pengawal selia keselamatan automotif Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu siasatan sedang dijalankan berhubung 30 kes kemalangan kereta Tesla yang membabitkan sistem mod pandu sendiri sehingga menyebabkan 10 kematian.


Keselamatan mod pandu sendiri kenderaan itu dipertikaikan selepas insiden dua lelaki maut akibat kereta elektrik keluaran Tesla yang dinaiki mereka dipercayai diletakkan dalam sistem tersebut, merempuh sebatang pokok di Houston, Texas sebelum terbakar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Laporan dari TheGuardian, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) kini mengeluarkan senarai yang memaparkan perincian mengenai kemalangan itu yang dikaji dibawah program Penyiasatan Kemalangan Khas.

 

Senarai itu menunjukkan NHTSA telah membuka lapan kertas siasatan terhadap kemalangan membabitkan kereta Tesla bagi bulan Mac sahaja. 

 

Secara keseluruhannya, sebanyak 30 kes kemalangan kereta Tesla dilaporkan yang mana 10 daripada jumlah kes itu mengakibatkan kematian. Daripada jumlah 30 kes kemalangan kereta Tesla, NHTSA menolak kemungkinan sistem mod pandu sendiri terlibat dalam tiga kes.

Agensi itu hanya mengeluarkan laporan mengenai dua kes kemalangan.

Dalam masa yang sama, satu artikel** dari firma guaman Pittman, Dutton, Hellums, Bradley & Mann di Birmingham, Alabama mendakwa kenderaan swapandu mengakibatkan lebih banyak kemalangan (9.1 kemalangan untuk setiap satu juta batu) berbanding dengan kenderaan yang mempunyai pemandu (4.1 kemalangan untuk setiap satu juta batu).

 

*Laporan lengkap di TheGuardian

** Baca artikel Pittman, Dutton, Hellums, Bradley & Mann di pautan ini.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…