3 model VinFast, jenama dari Vietnam dianugerah pensijilan keselamatan ASEAN

oleh SALINA JALIL|
VinFast, syarikat automotif Vingroup, iaitu syarikat jenama Vietnam, sedang mengubah status quo automotif ASEAN.


Syarikat tersebut telah mendapat pensijilan keselamatan untuk tiga model kereta utama daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP), iaitu organisasi penarafan keselamatan automobil di Asia Tenggara.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

ASEAN NCAP iaitu pensijilan keselamatan yang tertinggi, iaitu pensijilan keselamatan 5-bintang kepada Lux SA2.0 dan Lux A2.0 yang merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah VinFast.

 


Manakala Fadil, model kereta sedan VinFast, diberikan penarafan 4-bintang.

 


Pensijilan keselamatan tersebut membuktikan kejayaan VinFast mencapai aspirasinya untuk mengeluarkan kereta bermutu tinggi dan mampu milik yang direka dan dibuat di Vietnam kepada para pelanggan di ASEAN. 

 


Syarikat tersebut meramalkan pengeluaran sebanyak 500,000 unit setahun pada tahun 2025.

 

 

"VinFast komited untuk menyediakan produk automotif bertaraf dunia kepada pengguna tempatan dan pengguna
antarabangsa," kata Encik Tran Le Phuong, Timbalan Ketua Pengarah Vinfast. 

 


"Keputusan NCAP ASEAN telah mengesahkan komitmen VinFast dalam mengutamakan kualiti sementara terus membuat produk automotif yang inovatif, mampu milik dan selamat."

 

Sebagai salah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, Vietnam lebih dikenali sebagai satu lokasi pemasangan untuk jenama automotif asing. 

 


VinFast beraspirasi untuk membentuk semula industri automotif di Vietnam dengan mengeluarkan kenderaan berkualiti tinggi buatan tempatan kepada pelanggan.

 

 

Syarikat tersebut sedang cuba memenuhi permintaan untuk kereta berkualiti tinggi dan mampu milik di kalangan golongan kelas pertengahan Vietnam yang semakin meningkat. 

 


Institut Polisi dan Strategi Perindustrian Vietnam (IPSI) meramalkan jualan kereta domestik akan meningkat sebanyak 22 peratus setahun dari tahun 2019 hingga tahun 2025. 

 


Ini merupakan satu perkembangan yang penting untuk pasaran yang mempunyai kadar pemilikan kereta sebanyak 4-5 peratus pada masa kini.

 


VinFast telah membuat debut antarabangsanya di Pameran Motor Paris pada tahun 2018 dan syarikat tersebut bukan sahaja mencapai kejayaan yang cemerlang dengan automobilnya, malah syarikat tersebut juga akan menjadi penaja Formula 1 Vietnam Grand Prix 2020 yang pertama. 

 

Ini adalah satu lagi pencapaian yang signifikan untuk kedua-dua Negara Vietnam dan VinFast kerana Kejohanan Dunia Formula 1 akan meraikan ulang tahunnya yang ke-70 pada tahun depan.
 

 

Keputusan NCAP yang diperolehi oleh VinFast:

 


Penarafan keselamatan ASEAN NCAP memberi tumpuan kepada keupayaan kereta untuk melindungi kedua-dua penumpang dewasa dan penumpang kanak-kanak. 

 


Semasa ujian perlanggaran, VinFast Lux SA2.0 memperoleh 46.45 mata daripada jumlah 50 mata untuk Perlindungan Penumpang Dewasa dan 22.73 mata daripada jumlah 25 mata untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak. 

 


Sedan VinFast Lux A2.0 mendapat 46.89 mata daripada jumlah 50 mata untuk Perlindungan Penumpang Dewasa, dan 21.81 mata daripada jumlah 25 mata untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak.

 


Butiran-butiran keputusan ujian yang lebih terperinci untuk tiga kereta VinFast boleh didapati di laman web ASEAN NCAP di www.aseancap.org.

 


Maklumat tentang VinFast boleh didapati di https://vinfast.vn/en/about-us

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…