29 bulan berturut-turut, harga kereta terpakai semakin meningkat di UK

oleh Mohamad Hanif|
Percaya atau tidak, disebabkan oleh masalah gangguan bekalan yang mengakibatkan produksi kereta baharu terjejas, ia secara tidak langsung menyebabkan harga jualan kenderaan di pasaran terpakai meningkat.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Di UK, harga jualan kereta terpakai berterusan memecahkan rekod kenaikan untuk bulan ke-29 berturut-turut.

Data yang diperoleh daripada Auto Trader Retail Price Index menganalisa hampir 900,000 unit kenderaan di seluruh negara tersebut, dan secara purata harga kereta terpakai melonjak naik 15.6 peratus untuk bulan Ogos berbanding bulan yang sama tahun lalu.
 

used


Berbanding bulan Julai yang lalu, harga kereta terpakai naik 0.3 peratus pada bulan ini, dan secara keseluruhannya purata harga untuk sebuah kereta terpakai di UK kini 36.4 peratus lebih tinggi berbanding Ogos 2022 dan 43.4 peratus lebih tinggi berbanding Ogos 2019.

Biarpun dibelenggu dengan kenaikan harga, jualan kenderaan terpakai untuk tempoh suku kedua tahun ini sebenarnya menurun 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2019.
 

used


Kenaikan harga mendadak paling tinggi dicatatkan adalah pada model Peugeot 107, dengan harga jualan kini mencecah £3,652 atau naik 43.2 peratus berbanding Ogos 2021.

Sementara pasaran kereta mewah terpakai pula mengalami penurunan harga, yang mana ia didahului oleh model Jaguar XK (£22,366) dengan susut nilai sebanyak 12 peratus.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan harga jualan bermula dari RM328,888, Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC merupakan sebuah SUV…
Berita Domestik
Ya, menurut pekeliling dalaman yang dilihat sendiri oleh rakan media Paultan, Perodua masih lagi…
Berita Domestik
Dalam hantaran terbaharu di laman FB, Suzuki Malaysia telah membuka tempahan bagi model Raider R150…