280k unit Porsche pada 2019, SUV jauh tinggalkan model konvensional

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini kami ada laporkan bagaimana SUV Urus berjaya lonjakkan jualan Lamborghini. Urus terjual sebanyak 4,962 unit daripada 8,205 unit jualan keseluruhan Lamborghini pada 2019.

Daripada jumlah itu, Urus mewakili 61 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini. Luarbiasa dan dengan mudah boleh disimpulkan bahawa SUV penyumbang utama dalam perniagaan jenama eksotik.

Menariknya, SUV bukanlah model konvensional pengeluar kereta eksotik termasuk pengeluar kereta sport seperti Porsche. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Porsche Macan Turbo Exclusive Performance Edition

 

Senario yang sama juga berlaku kepada Porsche apabila jualan dua model SUV iaitu Cayenne dan Macan jauh meninggalkan jualan model tradisi dua pintu.

Pada 2019, jualan keseluruhan Porsche ialah sebanyak 280,800 unit di serata dunia. Jualan itu sepuluh peratus lebih tinggi berbanding 2018.

Jualan Cayenne sahaja menyumbang sebanyak 92,055 unit dan Macan lebih tinggi iaitu 99,944 unit. Masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 29 dan 16 peratus berbanding 2018.

 

Porsche Cayenne Turbo

 

Jualan SUV ialah sebanyak 191,999 unit atau mewakili 68 peratus daripada prestasi jualan keseluruhan 2019.

Pada tahun ini Porsche yakin untuk mengekalkan jualan tinggi dengan dibantu oleh model-model baharu termasuk Taycan, model sport elektrik 100 peratus.

Porsche mencatatkan pertumbuhan kukuh di Eropah dan negara asalnya, Jerman. Jualan di Eropah ialah sebanyak 89,975 dan 31,618 unit di Jerman sahaja.

 

Porsche Cayenne Turbo

 

Di dua pasaran terbesar dunia iaitu China ialah sebanyak 86,752 unit manakala di Amerika Syarikat sebanyak 61,568 unit. Jualan pada 2018 di China ialah sebanyak 80,108 dan AS sebanyak 57,202 unit.

Dengan prestasi yang ditunjukkan Lamborghini dan Porsche maka jelas bahawa untuk maju, pengeluar perlu tumpukan pada segmen SUV.

Secara tradisinya ia 'merosakkan' warisan namun apa yang penting ialah survival supaya boleh terus wujud di dalam dunia automotif yang mencabar.

 

Porsche Taycan

 

Berikut ialah jualan Porsche AG mengikut pasaran pada 2018 dan 2019:

PORSCHE AG  2018 2019 Perbezaan
Global 256,255 280,800 10%
Eropah 77,216 88,975 15%
     Jerman 27,541 31,618 15%
Amerika 70,461 75,367 7%
     USA 57,202 61,568 8%
Asia-Pasifik, Afrika dan Timur Tengah 108,578 116,458 7%
     China 80,108 86,752 8%

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…