28,000 syarikat lulus SKDS 2.0

oleh Firdaus Razani|
Kira-kira sebanyak 28,000 syarikat pengangkutan darat telah mendaftar dan mendapat kelulusan dalam pelaksanaan program Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 setakat 22 Mei lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pengeluaran fleet card oleh lima syarikat minyak utama kepada syarikat-syarikat pengangkutan yang layak pula telah mencecah hampir 90,000.

Katanya, jumlah itu direkodkan sejak pengumuman dibuat oleh KPDN pada 7 Mac lalu.

“Pada masa yang sama, KPDN akan terus membuka permohonan kepada kesemua jenis pengangkutan darat awam dan barangan yang layak membuat permohonan melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

“Syarikat-syarikat yang telah mendapat kelulusan di bawah SKDS juga dinasihati untuk terus membuat permohonan fleet card melalui syarikat minyak pilihan secara atas talian di pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/portal/contact,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 kepada beberapa syarikat pengangkutan darat bersama wakil syarikat minyak di Kawasan Rehat Klang Utara, Lebuhraya Baru Selat Klang Utara, Selangor.

Sesi Penyerahan Fleet Card SKDS 2.0 kepada 15 syarikat pengangkutan darat bersama wakil syarikat minyak itu melibatkan pelbagai jenis kenderaan seperti Lori Rigid – Kargo Am, Lori Rigid Luton/ Kotak, Panel Van, Lori Rigid Refrigerated dan Penggerak Utama.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, sejak 2013, KPDN telah menerajui pelaksanaan tadbir urus subsidi diesel dengan kadar harga khas berbeza dengan harga runcit di stesen-stesen minyak. 

Jelas beliau, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan pelaksanaan Fasa II kepada SKDS 2.0. 

Katanya, perluasan SKDS 2.0 Fasa II akan melibatkan tambahan 14 jenis kenderaan barangan lain.

“Pertambahan dalam fasa II ini menjadikan keseluruhan kenderaan barangan yang layak untuk mendapatkan diesel bersubsidi di bawah SKDS 2.0 adalah sebanyak 23 jenis kenderaan barangan,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KPDN (@kpdnhep)

 

SUMBER : UtusanTV

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada 10 Jun, kerajaan Malaysia telah memotong sebahagian besar subsidi diesel, yang dikatakan…
Berita Domestik
Beliau berkata hal ini kerana subsidi diesel terus diberikan kepada golongan itu menerusi kad fleet…
Berita Domestik
Menurut FreeMalaysiaToday (FMT), sekurang-kurangnya dua pengeluar konkrit, DPG Readymix Sdn Bhd dan…