2800 Spicup: hasil Bertone untuk BMW yang tidak popular langsung!

oleh HEZERI SAMSURI|

Nuccio Bertone ialah satu nama yamg tidak asing lagi di dalam dunia automotif.

Hasil rekaan Bertone memang popular, contohnya model-model dari Alfa Romeo, Fiat, Ferrari, Lamborghini dan juga Ford. Namun begitu, ada juga hasil garapan Bertone yang tidak ramai ketahui.

Contohnya ialah Bertone BMW 2800 Spicup ini.

Pertama kali muncul di Pameran Automotif Geneva dalam tahun 1969, nama Spicup ialah hasil gabungan Spider dan Coupe. Bunyinya samada Spy-Coop atau Spee-Coop, yang mana berkenaan oleh lidah anda.

Seperti nama-nama gabungan suami isteri, sungguh sweet.

 

 

Kenapa baharu kini Spicup ini muncul?

Menurut BMW, cuma ada satu sahaja unit konsep Spicup ini dan ia hilang, sehingga ia dijumpai di dalam sebuah kandang dalam tahun 2008 dan kemudiannya dibaik pulih sehingga menjadi sempurna semula.

Bumbung Spicup terdiri dari dua panel yang boleh dibuka dan digelungsur ke belakang, menghasilkan bumbung stail T-top (seperti KITT dalam filem seram Knight Rider).

 

 

Ruang dalam yang mempunyai hanya dua tempat duduk itu dibalut dengan warna-warna Kedah, hijau dan kuning serta ditabur dengan sedikit warna perak.

Menurut laman web Ultimate Car Page, Spicup tidak begitu mendapat sambutan dan kecewa dengan reaksi ramai yang negatif itu, BMW menjualnya selepas habis pameran auto di Geneva dalam tahun 1969 itu.

Pemilik baharu dipercayai memandunya melepasi 100,000 km dan kemudian mengecat kereta konsep ini kepada warna jingga. Beliau juga mungkin kecewa dengan prestasi permainan pasukan Kedah dan menukar warna dalam kepada warna hitam.

 

 

 

 

 

Untuk suatu ketika, Spicup ini hilang dan tidak dapat dikesan, sehingga ia muncul kembali di dalam sebuah garaj milik seorang pengumpul kenderaan di Belanda.

Ia kemudian dijual kepada seorang peminat kenderaan dari Belgium yang cuba mengembalikan Spicup ini dalam keadaan asal, cuma beliau gagal memulihkan bahagian dalam kenderaan unik itu.

Di dalam tahun 2009, ia muncul pula di dalam pameran Villa d'Este Concours dan akhirnya diambil kembali oleh BMW yang melakukan restorasi lengkap untuk disimpan di dalam muzium BMW di Munich.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara visual, tidak banyak perbezaan yang boleh diperhatikan pada model baharu ini berbanding…
Berita Global
Lihat sahaja pada contoh seperti BMW M3 Sedan dan M4 Coupe, atau SUV BMW XM, atau model coupe…
Berita Global
Oleh itu,BMW telah mengumumkan  penawaran aksesori  M Performance untuk M2 baru ini, termasuk…