28 Maserati lengkapkan kembara 10,000 km sempena ulang tahun ke-15 di China

oleh Mohamad Hanif|
15 Julai lalu, lengkaplah perjalanan sebanyak 28 buah kenderaan berjenama Maserati menjelajah laluan sejauh 10,000 km merentas 10 wilayah, 70 buah bandar dan 15 buah gunung di China bagi meraikan ulang tahun yang ke-15 Maserati di pasaran China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjalanan selama 40 hari itu jika dilihat membentuk sebuah huruf M yang sangat besar di atas peta China. 
 


Landskap pemandangan yang pelbagai di China memberikan satu latar belakang yang sangat menarik bagi menampilkan ciri-ciri kuasa, kemewahan dan keselesaan yang dibawakan oleh barisan kenderaan Maserati Quattroporte, Levante dan juga Ghibli. 

Kembara ini turut membawa para pelanggan Maserati menikmati sendiri seni bina dan monumen China yang terkenal, daripada pembinaan kuil Buddha yang kuno sehinggalah kepada keunikan bekas kediaman penyair dinasti Tang, Liu Zongyuan dan pelukis zaman Dinasti Qing, Zhang Daqian.
 


Tahun 2019 juga menandakan ulang tahun yang ke-105 sebagai sebuah jenama automotif Itali yang premium dan mewah serta menggandingkan pengalaman pemanduan yang berprestasi tinggi, selesa, dan menyeronokkan. 

Nikmati kembara agung barisan kenderaan Maserati merentasi tanah besar China dalam galeri gambar di bawah.