26 unit Aventador SVJ Coupe, Roadster dipanggil semula - pintu tidak boleh dibuka dari dalam

oleh Mohamad Hanif|
Bagaimana rasanya bila anda beli kereta mahal-mahal, tapi ada masalah pintu tidak boleh dibuka dari dalam?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah ini dikesan oleh unit kawalan kualiti Lamborghini ketika mereka mengadakan pemeriksaan QC terhadap jentera-jentera yang dipasang.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, mereka mendapati unit-unit Lamborghini Aventador SVJ Coupe dan Roadster yang dipasang antara bulan Disember 2019 sehingga Januari 2020 memiliki satu masalah yang sama - pintu gagal dibuka dari dalam.

Masalah ini berpunca daripada pin kabel jenis bowden yang terletak di bahagian dalam pemegang pintu tidak dipasang dengan teliti oleh operator baharu yang tidak kompeten.

Ini menyebabkan pintu tidak dapat dibuka oleh pemandu dan penumpang dari dalam kabin dan ia boleh gagal berfungsi tanpa sebarang amaran.

Sebanyak 26 unit Lamborghini Aventador SVJ Coupe dan Aventador SVJ Roadster telah dipanggil semula di Amerika Syarikat, dengan proses penggantian komponen yang terjejas akan bermula pada 1 Mei ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Aventador SVJ Xago Edition hanya dihadkan produksinya dalam 10 unit sahaja, dan…
Berita Global
Nafsu manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada, begitu juga dengan Lamborghini yang dilaporkan…