25,000 lesen motosikal percuma untuk rakyat Trengganu

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerajaan negeri Trengganu akan menawarkan lesen motosikal percuma bermula 1 Februari nanti.

Permohonan untuk Program Lesen Motosikal Trengganu Sejahtera (LMTS) itu terbuka untuk warga Trengganu berusia dari 16 hingga 40 tahun dan tempoh permohonan ialah sehingga 1 Mac 2019.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Trengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, permohonan boleh diisi secara manual atau secara online.

Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM7 juta untuk program tersebut.

Semua peserta yang layak akan diberikan baucar pada 15 April untuk menghadiri kelas di Institut Memandu.

Ini bermakna mereka tetap perlu lulus ujian menunggang oleh JPJ.

Syabas kepada kerajaan Trengganu kerana membantu meringankan beban rakyat. 

Sekurang-kurangnya lebih ramai yang akan menunggang dengan lesen dan paling penting, mereka mempunyai perlindungan insurans.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika menjawab soalan di sidang…
Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…