25 termasuk anggota polis ditahan kerana rentas sempadan guna motosikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Sarawak telah menahan 25 orang lelaki termasuk seorang anggota polis kerana menunggang motosikal mereka dari Kota Samarahan ke Simunjan tanpa permit merentas daerah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, DCP Datuk Dev Kumar, mereka ditahan di satu sekatan jalanraya (SJR) di KM1 Jalan Tun Openg di Simunjan jam 2pm semalam (Selasa).

Beliau berkata salah seorang dari mereka ialah polis dari ibupejabat daerah polis Kota Samarahan.

"Mereka mengaku keluar menunggang atas alasan rekreasi kerana sudah lama tidak menunggang," sambung Dev.

Kesemua dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit dan disuruh kembali ke Kota Samarahan melalui jambatan Batang Sadong.

Sarawak masih tidak membenarkan pergerakan merentas sempadan daerah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…