24H Nurburgring - Lexus bakal guna nadi baharu, V8 turbo berkembar, 600 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Litar Nurburgring yang pernah satu ketika dahulu menjadi medan ujian enjin yang mengaum nyaring di dalam perut Lexus LF-A bakal menjadi lokasi ujian sekali lagi untuk enjin baharu dari Lexus.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ia bukan lagi sebuah enjin V10 yang memiliki not enjin paling awesome, akan tetapi sebuah nadi bentangan V8 dengan bantuan turbo berkembar. 

Enjin tersebut akan diuji dalam sebuah Lexus LC menerusi perlumbaan 24 Hours of Nurburgring yang bakal disertai tidak lain dan tidak bukan pasukan Toyota Gazoo Racing - divisyen perlumbaan Toyota.

Menurut kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Toyota Gazoo Racing, ini merupakan tahun ketiga penyertaan LC di dalam perlumbaan 24 jam ini, namun mereka berazam untuk memperbaiki beberapa isu yang melanda jentera tersebut sebelum kembali beraksi tahun hadapan. 
 


Beberapa teknologi baharu bakal diperlihatkan seperti sistem suspensi dan casis yang dinaiktaraf, sistem elektronik, serta penggunaan turbo berkembar pada enjin V8 yang dikatakan bakal digunakan pada jentera jalanan Lexus pada masa akan datang. 

Tiada sebarang info berkenaan enjin V8 tersebut namun terdapat laporan mencadangkan ia adalah sebuah nadi bersesaran 4.0 liter yang mampu menjana kuasa sekitar 600 hp!

Sebagai perbandingan, nadi 2UR-GSE yang digunakan pada Lexus LC pada ketika ini memiliki sesaran 4,969 cc aspirasi natural dengan penghasilan kuasa 471 hp dan 540 Nm daya kilas. 

Tarikh 21 Mei 2020 bakal menyaksikan pelumba-pelumba seperti Hiroaki Ishiura, Masahiro Sasaki, Kazuya Oshima dan Naoya Gamo mengendalikan LC di dalam perlumbaan 24 Hours of Nurburgring. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, Jabatan Belia dan Sukan negeri dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan…
Sukan Bermotor
Jelasnya, hasrat untuk menganjurkan semula sukan tersebut masih lagi dalam penelitian, apatah lagi…
Informasi
Hampir semua pemain bola sepak dunia pasti memiliki kereta atau motosikal mewah sebagai kenderaan…