233 sekolah memandu mohon kebenaran beroperasi ketika PKP

oleh Mohamad Hanif|
sumber imej: Says
Sekolah memandu merupakan antara aktiviti yang masih lagi tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan yang bertujuan untuk mengurangkan penyebaran wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebanyakan tenaga pengajar dan pengendali sekolah memandu kini menghadapi kesukaran disebabkan pelaksanaan PKP menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Menurut Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar menjelaskan, penutupan operasi untuk tempoh masa yang lama akan menyebabkan pemberhentian pekerja, serta penutupan kekal sekolah memandu.

Berikutan dengan itu, sebanyak 233 buah sekolah memandu kini memohon kerajaan untuk membenarkan mereka membuka semula operasi berikutan beberapa sektor ekonomi telah pun dibenarkan beroperasi semenjak semalam.

"Dianggarkan 20,000 pekerja yang bergantung sepenuhnya kepada industri ini akan kehilangan kerja jika sekolah memandu masih lagi tidak dibenarkan beroperasi. Kerajaan perlu meneliti semula impilasi ekonomi dan mempertimbangkan keputusan untuk membenarkan sekolah memandu kembali beroperasi semula.

Beliau menambah, penutupan sekolah memandu bakal memberikan kesan kepada individu yang memohon lesen memandu untuk memperoleh pendapatan baharu menerusi perkhidmatan seru pandu, rider penghantaran dan kurier, memandangkan pekerjaan yang disebutkan tadi mendapat permintaan  yang sangat tinggi ketika PKP.

 


Persatuan tersebut sebelum ini telah pun menghantar surat kepada Majlis Keselamatan Negara Januari lalu bagi memohon kebenaran untuk memulakan semula operasi sekolah memandu.

Menurut tenaga pengajar di Pusat Latihan Memandu cawangan Kajang/Bangi, Yusrizam Yusof, 39 menjelaskan, beliau terpaksa mencari kerja lain disebabkan pendapatan utama terjejas, memandangkan pusat latihan memandu kini bergantung kepada bilangan pelajar.

"Tiada gaji asas. Tahun lalu, saya hanya bekerja selama tujuh bulan disebabkan pelaksanaan PKP, dan kini pusat tersebut tutup sekali lagi.

"Terdapat ramai pelajar yang kini sedang menunggu giliran untuk menduduki ujian, ceramah dan latihan JPJ.

"Setakat ini, tiada sebarang kluster melibatkan pusat latihan memandu, jadi kerajaan seharusnya mempertimbangkan untuk membenarkan pusat latihan memandu beroperasi semula," ujar Yusrizam yang mempunyai pengalaman sebagai tenaga pengajar selama tujuh tahun.

Sumber: Bernama