225 hp dan 344 Nm dari Hondata untuk Civic Turbo anda

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pemilik Honda Civic 1.5 TC-P Turbo pasti sudah mula merasakan 170 hp yang mereka dapat dari enjin V-Tec turbo itu tidak memadai. Itulah masalahnya enjin turbo moden. Kerana terlalu mudah untuk pergi laju, pemandu akan cepat merasa bosan. Hondata, pakar tuner dari Amerika Syarikat sudah menemui jawapannya - modifikasi kepada software atau perisian ECU kereta Civic anda agar boost untuk turbo dinaikkan sebanyak 9 psi. hondatalogo1 Hasilnya, kuasa kuda naik kepada 225 hp (tambahan 55 hp ya) dan daya kilas atau tork setinggi 344 Nm (124 Nm lebih tinggi). Sayangnya, modifikasi di atas adalah khusus untuk Civic Turbo dengan transmisi manual. Honda civic 1.5T 2017 -21 Careta terlupa yang di Malaysia, semua Civic V-Tec Turbo didatangkan dengan transmisi CVT sahaja. Untuk CVT, Hondata mempunyai program perisian yang lebih rendah - 214 hp (masih lagi 44 hp lebih tinggi) dan 298 Nm (78 Nm lebih tinggi). Hondata juga mampu memprogram kembali perisian Civic Turbo agar pemandu tidak perlu melepaskan pendikit ketika menukar gear. Apa yang berlaku, turbo akan sentiasa berputar dan boost akan sentiasa ada ketika gear bertukar nisbah. Ini melenyapkan masalah off-boost dan membantu menjadikan pemanduan lebih responsif. Honda civic 1.5T 2017 -17 Pengedar Hondata cuma mengenakan bayaran sebanyak USD$350 (RM1,500) untuk memasang program baharu itu. Jika pemilik membeli alat Hondata Flashpro bernilai RM3,000, mereka boleh memasang perisian itu sendiri dan kemudian menukarkannya ke perisian asal atau perisian lain. Mudah bukan untuk mendapat tambahan kuasa dan oleh kerana kerajaan Malaysia masih tidak memerlukan sebarang kempen anti pencemaran, kita tiada masalah jika kualiti asap kenderaan kita sudah melebihi paras yang dibenarkan kerana tiada siapa akan mengetahuinya. Honda civic 1.5T 2017 -2