21 fakta menarik mengenai Elon Musk

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika anda kenal Tesla, pastinya anda akan tahu CEO syarikat itu, Elon Musk.

Di sini kami sediakan 20 fakta mengenai Elon yang anda perlu tahu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
elon kecik

 

1. Elon Musk dilahirkan pada 28 Jun 1971 di Pretoria, Afrika Selatan. Ayahnya adalah warga Afrika Selatan dan ibunya warga Kanada. Anak sulung ini mempunyai dua orang adik tiri, seorang lelaki, Kimbal dan seorang perempuan, Tosca.

2. Elon adalah mangsa buli dan pernah dimasukkan ke hospital kerana dihumban hingga jatuh tangga. 

3. Elon memang suka membaca dari kecil. Beliau belajar kod komputer pada usia 9 tahun dan dalam usia 12 tahun, Elon menghasilkan permainan video "Blastar" dan menjualnya kepada majalah PC and Office Technology dengan harga US$500.

 

 

4. Pada usia 16 tahun, beliau dan adiknya cuba untuk membuka Arked Permainan Video. Ia tidak diluluskan oleh majlis perbandaran kerana usianya yang terlalu muda.

5. Elon belajar di Universiti Pretoria sebelum beliau meninggalkan Afrika Selatan dalam tahun 1988 untuk ke Kanada kerana beliau enggan menyertai tentera yang menyokong apartheid.

6. Beliau menyambung pendidikannya di  Universiti Queen's di Kingston Ontario tetapi dalam tahun 1992, beliau bertukar ke Universiti Pennsylvania di Philadelphia, US. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Fizik dan Ekonomi pada tahun 1995.

7. Elon kemudian menyambung pendidikannya untuk mendapat Ph.D dalam bidang fizik di Universiti Stanford tetapi berhenti selepas dua hari kerana beliau yakin internet lebih penting dari fizik.

 

 

8. Dalam tahun 1994, Elon menjalani latihan amali (internship) di dua syarikat di Silicon Valley. Salah seorang yang melatih Elon ialah Bruce Leak, ketua jurutera untuk projek Apple QuickTime. Menurut Bruce, Elon suka untuk belajar bagaimana komputer berfungsi dan pengalaman Elon sebagai seorang penggodam (hacker) membantu beliau.

9. Tahun 1995, Elon dan adiknya, Kimbal Musk membuka syarikat Zip2 yang menghasilkan peta dan direktori perniagaan untuk suratkhabar atas talian. Tahun 1999, beliau menjual Zip2 kepada Compaq dengan harga US$307 juta.

10. Tahun yang sama, Elon membuka syarikat kewangan atas talian bernama X.Com dan kemudiannya ditukar nama kepada PayPal. Tahun 2002, eBay membeli PayPal dengan harga US$1.5 billion.

 

 

11. Elon membuka syarikat SpaceX pada bulan Mei, 2002 dengan modal sebanyak US$100 juta.

12. Tesla tidak dimulakan oleh Elon. Beliau hanya masuk sebagai sebagai pelabur dengan wang sebanyak US$30 juta dan kemudian menjadi pengerusi syarikat itu sejak tahun 2004. 

13. Bila dua pengasas Tesla, Martin Eberhard dan Marc Tarpenning meninggalkan Tesla dalam tahun 2007 dan 2008, Elon menjadi CEO syarikat EV itu.

14. Gaji Elon sebagai Tesla hanyalah US$37,000 (RM160,500) setahun dan ada yang berkata beliau tidak endah untuk menebus cek gajinya itu. Tetapi, menurut New York Times, beliau dilaporkan memiliki saham syarikat Tesla bernilai US$2.3 billion.

15. Elon pernah hidup dengan bajet sebesar US$1 sehari sahaja semasa beliau baru pindah ke US.

 

 

16. Cerita Iron Man yang dibuat sekarang sebenarnya ada diasaskan sedikit dari Elon Musk. Mungkin kerana itu penggambaran Iron Man 2 dibuat di ibupejabat Space X dan Elon sendiri muncul sekejap di dalam filem itu.

17. Elon juga adalah seorang peminat Star Wars dan kerana itu roket-roket beliau dinamakan Falcon, sempena Millenium Falcon.

18. Beliau juga peminat X-Men, dan kerana itu robot-robot di kilang Tesla dinamakan dengan karektor X-Men - Xavier, Iceman, Wolverine, Storm, Colossus, Vulcan dan Havoc

19. Elon pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai enam anak lelaki. Anak sulungnya meninggal selepas 10 minggu dan kemudian beliau menerima sepasang anak kembar. Dua tahun selepas itu Elon menerima cahaya mata kembar tiga.

20. Elon mempunyai tiga warganegara - Kanada, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

21. Elon juga adalah pemilik Lotus Esprit 1976. Esprit beliau adalah unit yang sama digunakan dalam penggambaran filem James Bond dalam tahun 1977. Harga yang dibayar oleh Elon ialah US$997,000. Dan kerana itu Cybertruck mempunyai ciri-ciri kereta James Bond tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon ditanya tentang rancangan Apple untuk membuat sebuah EV dan dengan sinis, Elon menjawab bahawa…
Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Beliau dipetik berkata demikian ketika pengumuman kewangan Tesla untuk Q4 2023. Pada suku yang…