2023: Perodua sasar jual 314 ribu kereta, produksi cecah 330 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Perodua meletakkan sasaran jualan kenderaan sebanyak 314,000 unit selain memaksimumkan jumlah produksi kepada 330,000 unit yang didorong oleh pesanan yang tertunggak dari tahun lepas, selain memenuhi permintaan yang semakin meningkat pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka sasaran jualan dan produksi yang diunjurkan itu adalah 14.2 peratus dan 11.3 peratus lebih tinggi berbanding prestasi yang dicatatkan pada tahun lepas (jualan 282,019, produksi 289,054).

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “tahun 2023 memberikan kami peluang keemasan, melihatkan kepada kepercayaan pelanggan di dalam pasaran automotif.

Jelasnya lagi, lebih daripada separuh sasaran tempahan yang dikumpulkan pada tahun lepas masih lagi belum diedarkan.

Pada ketika ini, kilang Perodua Manufacturing and Perodua Global Manufacturing mempunyai kapasiti pengeluaran berjumlah 320,000 untuk dua shif, namun Perodua optimis jumlah tersebut boleh dipertingkatkan dengan menambahbaik aspek produktiviti dan memperkenalkan shif kerja lebih masa.

Beliau menambah, peningkatan jumlah produksi itu akan memberikan impak yang signifikan kepada industri automotif Malaysia.

Untuk itu, Perodua telah membelanjakan RM10.0 bilion untuk pembelian komponen dari vendor tempatan untuk mencapai sasaran produksi tahun ini.
 

Alza


“Dari sudut pasaran secara keseluruhan, kami percaya masih lagi ada sinar harapan buat industri biarpun berdepan dengan pelbagai tekanan kos. Kami percaya jumlah volum industri mampu (TIV) mampu menjangkau angka 650,000 unit seperti yang diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Berdasarkan tempoh menunggu dan permintaan yang kuat terhadap kenderaan Perodua, TIV mempunyai potensi untuk mencapai angka 700,000 unit pada tahun ini.

Selain itu, Perodua telah memperuntukkan RM1.15 bilion bagi menambahbaik operasi kumpulan tersebut.

Antara penambahbaikan yang dibuat termasuklah pengembangan perniagaan Pre-Owned Vehicle (POV) dan Langganan, khususnya selepas Perodua menerima respons positif daripada rakyat Malaysia pasca pelancaran Ativa Hybrid pada September 2022.

Sebanyak RM537.1 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan model baharu, diikuti RM247.1 juta untuk pemodenan operasi, serta menaiktaraf pusat 1S dan 2S sedia ada kepada pusat 3S.

Perodua juga menjangkakan peningkatan kenderaan yang diservis di jaringan pusat servisnya kepada 2.8 juta unit daripada 2.6 juta unit yang direkodkan pada tahun 2022.
 

Axia


Tahun 2023 bakal menjadi satu tempoh yang cukup mencabar buat Perodua disebabkan oleh faktor-faktor seperti kadar inflasi tinggi, kenaikan kadar faedah, serta peningkatan kos luaran seperti harga minyak, tenaga, dan kos bahan mentah.

Beliau menambah, masalah bekalan cip semikonduktor juga kekal menjadi satu penghalang buat kebanyakan pengeluar, bukan sekadar pemain industri automotif, akan tetapi industri seperti elektrik, elektronik serta industri berat yang lain.

“Kami sedang memantau rapat perkembangan semasa, namun buat masa ini kami positif kami mempunyai bekalan cip yang diperlukan untuk mencapai sasaran kami,” ujarnya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…