2021 tahun terbaik buat Ducati, Multistrada V4 model paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
Ducati mengakhiri tahun 2021 dengan rekod pencapaian jualan motosikal terbaik yang pernah dicapai, dengan jumlah jualan sebanyak 59,447 unit, atau peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Amerika Syarikat kekal menjadi pasaran terpenting dengan jumlah jualan sebanyak 9,007 unit (naik 32 peratus), diikuti Itali dengan 8,707 unit (naik 23 peratus), dan Jerman dengan 6,107 unit (peningkatan 11 peratus).

Selain daripada itu, pasaran China juga mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 21 peratus (4,901 unit), diikuti Perancis (4,352 unit atau 12 peratus) dan UK dengan peningkatan 30 peratus (2,941 unit).

Penyumbang utama kejayaan ini sudah pasti model Ducati Multistrada V4 dengan jumlah jualan sebanyak 9,957 unit, diikuti keluarga Scrambler 800 (9,059 unit) dan Monster (8,734 unit).
 

Ducati


Untuk tahun 2022, Ducati mempersembahkan sehingga sembilan buah model menerusi Ducati World Premiere, antaranya merupakan model off-road DesertX dan pengenalan Panigale V4 dengan spesifikasi yang menghampiri jentera MotoGP.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…