2021 tahun cemerlang, Ferrari bayar pekerja bonus setinggi RM57k!

oleh Mohamad Hanif|
$13,700 atau RM57,259.15. Itulah nilai bonus sebenar yang bakal dibayar oleh Ferrari kepada para pekerjanya melihatkan kepada prestasi tahun 2021 yang cukup cemerlang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut keputusan kewangan Ferrari untuk tahun 2021, pengeluar Maranello itu mencatatkan hasil bersih sebanyak €4.271 bilion (RM20.4 bilion), atau peningkatan sebanyak 23.4 peratus berbanding tahun 2020, dan 13.4 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2019.

Nilai EBITA (pendapatan sebelum faedah, cukai dan pelunasan) pula turut meningkat kepada €1.531 bilion (RM7.31 bilion), 34 peratus lebih tinggi berbanding 2020, dan 20.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2019.

Selain daripada itu, keuntungan bersih yang diselaraskan juga turut meningkat kepada €833 juta (RM3.98 bilion).
 

Ferrari


Sepanjang tahun 2021, Ferrari telah berjaya mengedarkan sebanyak 11,155 unit kenderaan, atau 2,036 unit lebih tinggi berbanding tahun 2020 dengan peningkatan sebanyak 22.3 peratus.

Selain daripada produksi model edisi terhad Daytona SP3 yang akan berlangsung pada tahun ini, Ferrari turut mengesahkan produksi SUV pertama mereka, Purosangue akan bermula pada tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…