2,000cc V-Twin dari England

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat pengedar motosikal, Moto Corsa dari tenggara England telah mengumumkan hasrat mereka untuk menjadi pembuat motosikal.

Moto Corsa berkata perancangan mereka ialah untuk membina 20 unit motosikal dengan harga £40,000 (RM214,000) setiap satu.

Motosikal gaya naked itu akan menggunakan enjin 1,961cc V-twin yang menghasilkan 100hp dan daya kilas 183 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Moto Corsa 2K dibina khusus untuk mereka yang mahukan sesuatu yang istimewa dan mahal. Menurut CEO-nya, Dave Martin, walaupun suasana ekonomi tidak begitu menentu, pasaran untuk motosikal seperti Moto Corsa 2K ini tetap wujud.

Moto Corsa 2K dibangunkan oleh T3 Racing, yang juga membina motosikal-motosikal lumba untuk Kejohanan British Supersport.

 

 

Moto Corsa 2K menggunakan enjin S&S buatan US sebagai asasnya. Enjin S&S banyak digunakan untuk membina motosikal chopper dan cruiser atau menggantikan enjin Harley-Davidson.

Transmisi ialah 5-kelajuan sementara roda carbon-fibre ialah dari Dymags. Sistem gantungan pula menggunakan komponen Öhlins sementara brek pula dari jenama Beringer.

Antara cabaran yang dialami oleh mereka ketika membina 2K ini ialah haba yang datang dari enjin besar ini.

"Ia terlalu panas sehinggakan tangki bahan api menjadi terlalu panas untuk disentuh. Sekarang ini, kami gunakan lapisan pembalik haba di bahagian bawah tangki dan kami juga bercadang untuk menggunakan sistem penyejuk bagi menyelesaikan masalah ini," terang Tony Scott dari T3 Racing.

Unit pertama motosikal ini dijangka akan siap tahun hadapan.