2000 mat rempit ditahan, tolak motor ke balai!

oleh SALINA JALIL|
Kira-kira 2,000 mat rempit ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, di Butterworth, hari Sabtu lalu.


Operasi jam 7.30 malam itu dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di kedua-dua hala.

 

Mereka yang ditahan diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh dua kilometer (km) ke Balai Polis Butterworth bagi tujuan siasatan.

 

Operasi di kedua-dua hala membabitkan laluan ke Bagan Ajam dan Butterworth itu turut menyebabkan kesesakan lalu-lintas sejauh lima kilometer selama lebih sejam.

 

Sementara itu, seorang ibu telah hadir ke balai polis selepas dihubungi anaknya. “Kenapa la hang buat macam ni Adik, mana mak nak cari duit? Bila la hang nak serik?” kata ibu kepada remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan dalam satu operasi di Butterworth, malam tadi.

 

Wanita berusia kira-kira 50-an itu datang ke balai polis selepas dihubungi anaknya yang ditahan pihak berkuasa kerana merempit di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) malam tadi.

 

Wanita berkenaan berkata, anaknya yang dipanggil Adik, gagal dalam ujian bagi mendapatkan lesen motosikal dua hari lalu dan dia sudah berpesan supaya tidak menaiki motosikal selagi tidak mendapat lesen.

 

“Sebelum keluar rumah, dia minta izin hendak keluar menonton wayang dengan kawan, namun tak sangka pula dia datang tengok aksi mat rempit.

 

“Entah... tengoklah nanti berapa saman yang dia dapat, saya pun tidak tahu mana hendak cari wang kerana bukan orang senang malah ayahnya cuma nelayan, saya harap dia seriklah kali ini,” katanya ketika ditemui.

<p> 

 

 

Sumber: Harian Metro

 

Operasi yang dijalankan lebih 70 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman itu turut membabitkan agensi dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 

Menurut Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, ia adalah operasi membanteras mat rempit yang terbesar dijalankan di Pulau Pinang.

 

Beliau berkata, sebanyak 930 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan antaranya ialah tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi, tiada lesen, nombor pendaftaran palsu serta mengubahsuai motosikal dan ekzos.

 

Menurutnya, sebanyak 175 motosikal disita dan 24 lelaki ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya.

 

Katanya, 11 lagi ditahan kerana bawah umur, tiga positif dadah jenis methamphetamine dan satu tetrahydrocannabinol, malah JAS dan polis masing-masing turut mengeluarkan 14 dan sembilan saman berikutan beberapa kesalahan berkaitan.

 

“Operasi ini dijalankan selepas mendapat aduan orang ramai mengenai aktiviti Mat Rempit yang mengancam pengguna jalan raya serta membuat bising di kawasan itu.

 

“Ini adalah sebahagian daripada usaha polis mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal dan akan dijalankan secara berterusan bagi mengekang perkembangan aktiviti tidak sihat itu,” katanya ketika ditemui.

 

 

Sumber: Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Nurulnaim ketika membuat keputusan mengarahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara…
Berita Domestik
  Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa menunggang motosikal secara…
Berita Domestik
  Mereka ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Sri Medan. Kami turut mengeluarkan 151 notis saman…