2.0 TSI untuk Tiguan, Passat, Tayron - Daya kilas tinggi daripada Golf GTI!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Tiguan 2025
Volkswagen Tiguan 2025
Di tengah-tengah tumpuan diberi pada kenderaan elektrifikasi, satu yang melegakan apabila menerima perkhabaran mengenai enjin pembakaran dalaman.

Terbaru Volkswagen melengkapi Tiguan, Passat dan Tayron baharu dengan enjin petrol turbo (TSI) berkuasa dan pacuan semua roda (AWD) 4MOTION sebagai ciri asas.

Menurut VW, gabungan enjin TSI dan AWD menawarkan tambahan keselamatan dan kestabilan pemanduan serta keupayaan menunda yang tinggi.

Apa pun tujuannya, kata kunci enjin turbo dan kuasa tinggi sudah cukup menggembirakan. Bukan menafikan kepentingan elektrifkasi, cuma bersikap jujur.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
Volkswagen Passat 2025

 

Berbekalkan rangkaian kuasa ini, Tiguan dan Passat boleh menunda sehingga 2,200 kilogram (kg) dan sehingga 2,500 kg untuk spesifikasi tertentu Tayron.

Untuk makluman, VW tidak lagi mengeluarkan Tiguan Allspace dan kekosongan yang ada diserahkan kepada Tayron.

Enjin 2.0 TSI 4MOTION pada Tiguan dan Tayron menghasilkan 204 ps dan 320N pada 1,400 rpm dan dipadan bersama Kotak Gear Tukaran Terus (DSG) tujuh kelajuan.

Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) di bawah 7.5 saat dan kelajuan tertinggi melebihi 220 km/j.

 

Volkswagen Tayron 2025

 

Satu lagi pakej 2.0 TSI dan 4MOTION lebih berkuasa untuk Tiguan, Tayron dan Passat.

Enjin menghasilkan 265 ps dengan daya kilas 400Nm pada 1,650 dan lebih tinggi daripada 370Nm yang dimiliki Golf GTI.

Enjin ini disesuaikan dari Golf GTI dan diubahsuai untuk model AWD. Selari dengan kuasa, VW memadankannya dengan varian R-Line.

Dari segi prestasi, Passat 2.0 TSI 4MOTION boleh memecut dari 0 sehingga 100 km/j dalam masa 5.8 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.

 

Volkswagen Tayron 2025

 

Versi Tiguan pula walaupun dalam bentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) hanya memerlukan tambahan 0.1 saat dan boleh dipecut sehingga 242 km/j.

Tayron 2.0 TSI 4MOTION yang lebih besar mengambil masa 6.3 saat dan masih lagi hebat. Kelajuan tertinggi sehingga 240 km/j.

Selain prestasi lebih bertenaga, pakej enjin berkuasa dan 4MOTION juga disasarkan untuk kerja-kerja menunda.

 

Volkswagen Tayron 2025

 

Sistem AWD pada  Tiguan, Tayron dan Passat membahagikan kuasa kepada gandar belakang secara optimum dan bila perlu sahaja.

Tetapan ini menjimatkan penggunaan bahan api. Di dalam pemanduan biasa tanpa bebanan berat, kuasa akan dihantar ke roda depan sahaja.

Gandar belakang beroperasi secara automatik melalui cekam 4MOTION dan aci pendorong apabila tambahan cengkaman diperlukan.

Walaupun begitu, pemandu boleh mengaktifkan pacuan AWD secara manual untuk mendapatkan cengkaman sebaik mungkin di laluan mencabar.

 

Volkswagen Tiguan 2025

 

Satu lagi ciri istimewa pada model AWD adalah pilihan bebola cangkukan (ball coupling). 

Sebaik sahaja sistem 4MOTION mengesan treler disambungkan, profail pemanduan Trailer akan diaktifkan secara automatik.

Cekam pintar 4MOTION membahagikan kuasa di antara roda depan dan belakang secara optimum untuk penundaan.

Penjualan model-model yang lebih bertenaga ini sudah pun dimulakan di beberapa pasaran Eropah.

Senarai harga

  • Volkswagen Tiguan 2.0 TSI 4MOTION (204 PS) – €48,175 (~RM222,787)
  • Volkswagen Tayron 2.0 TSI 4MOTION (204 PS) – €50,770 (~RM234,788)
  • Volkswagen Tiguan 2.0 TSI 4MOTION (265 PS) – €57,995 (~RM268,200)
  • Volkswagen Tayron 2.0 TSI 4MOTION (265 PS) – €59,755 (~RM276,339)
  • Volkswagen Passat 2.0 TSI 4MOTION (265 PS) – €62,990 (~RM291,274)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak seperti sebelum ini, tiada lagi Tiguan Allspace dan model tiga baris tempat duduk…
Berita Global
   Terbaru Kumpulan Volkswagen mengumumkan angka penghantaran keseluruhan 2024 sebanyak 9.03 juta…
Berita Global
  Tahun 2024 merupakan tempoh sukar buat pengeluar kereta susulan persaingan sengit, peralihan…