20 tahun lalu, UK menerima model Lancer Evo pertama - EVO VI Tommi Makkinen (TME)

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi UK menyambut ulang tahun yang ke-20 bersempena dengan pengenalan model sedan berprestasi tinggi Lancer Evolution.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model rasmi pertama yang menyerang pasaran tersebut tidak lain adalah model edisi khas Lancer EVO VI Tommi Makkinen atau lebih dikenali sebagai Evolution 6.5 atau TME secara ringkasnya.

 


Untuk pasaran global, sebanyak 2,500 unit sahaja dihasilkan dimana penjualan model ini dihadkan sebanyak 250 unit sahaja di UK, dan kesemua unit telah habis terjual dalam tempoh beberapa minggu sahaja!

Kesemua 250 unit ini sememangnya dihasilkan khas untuk pasaran UK dengan beberapa ciri tambahan seperti perlindungan terhadap karat, paparan instrumentasi MPH, ciri keselamatan tambahan serta lampu kabus belakang.
 

 


Jika dibandingkan dengan versi EVO VI standard, versi TME dibezakan dengan rekaan bumper dan set rim Enkei berwarna putih, angkup brek Brembo merah, roda stereng Momo, serta tempat duduk Recaro dengan hiasan nama Makkinen.

Lima generasi terawal Lancer Evolution walaubagaimanapun tidak terdapat untuk pasaran tersebut memandangkan model-model tersebut tidak dihomologasi untuk pasaran Eropah.

 


Jangka hayat Lancer Evolution juga tidak lama apabila Mitsubisi menamatkan penjualan model sedan tersebut menerusi pengenalan model Lancer EVO X FQ-440 MR - 40 unit sahaja dan Lancer termahal pernah dijual, dengan harga bermula dari £50,000 (RM268,935).

Kesemua 40 unit habis terjual dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang sedar, Mitsubishi juga sebenarnya ada pernah menghasilkan sebuah wagon…
Berita Global
Dalam pengumuman tersebut, Mitsubishi menjanjikan beberapa perkara, termasuklah menawarkan kembali…
Berita Global
Beberapa hari yang lalu, Dream Car Giveaways di UK telah menganjurkan acara cabutan bertuah berupa…