20 ribu pekerja mogok, Lufthansa batal lebih 1 ribu penerbangan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penerbangan Lufthansa mengumumkan pembatalan hampir semua penerbangan dari hab utama Frankfurt dan Munich disebabkan mogok oleh kakitangan daratnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Secara keseluruhan, lebih 1,000 penerbangan terpaksa dibatalkan dan menjejaskan kira-kira 134,000 orang penumpang.

Menurut laporan DW, kesatuan pekerja Verdi memanggil kira-kira 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada kakitangan darat Lufthansa menyertai mogok bertujuan untuk memberikan tekanan kepada pihak mengurusan dalam rundingan gaji.

Michael Niggemann, ketua sumber manusia Lutfhansa mengkritik langkah mogok tersebut, memandangkan rundingan yang disebutkan itu baharu sahaja dua hari berjalan.

Beliau menambah, mogok itu mampu "menjejaskan para penumpang kami terutama ketika musim perjalanan puncak, selain menambah tekanan kepada pekerja kami yang terpaksa berdepan dengan fasa trafik udara yang sukar.

Verdi pada bulan lalu menuntut kenaikan gaji sebanyak 9.5 peratus, atau sekurang-kurangnya 350 euro (RM1,579) per bulan selama 12 bulan untuk kesemua 20,000 pekerja yang terkesan akibat inflasi dan bekerja lebih masa disebabkan kekurangan tenaga kerja di lapangan terbang.

Lufthansa telah menawarkan peningkatan gaji sebanyak 150 euro (RM677) per bulan untuk tahun ini, dan tambahan 100 euro (RM451) bermula tahun 2023, serta peningkatan 2 peratus bermula pertengahan 2023 bergantung kepada keputusan kewangan syarikat.

Verdi walau bagaimanapun menolak tawaran itu dengan menjelaskan ia tidak mencukupi untuk mengimbangi inflasi yang melambung tinggi, mencecah 8.2 peratus di Jerman pada bulan Jun.

Selain daripada hab utama Frankfurt dan Munich, Lufthansa turut menjangkakan gangguan berlaku di lapangan terbang Berlin, Bremen, Cologne, Düsseldorf, Hamburg, Hanover dan Stuttgart.

Sumber: DW, Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Situasi ini juga akan menjejaskan jadual penerbangan apabila lebih 5,000 juruterbang dijangka…