20 pelumba terpantas berentap di pusingan akhir Toyota GR Velocity Esports 2021

oleh Mohamad Hanif|
Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports tiba di kemuncaknya pada 18-19 September ini menyaksikan 20 pelumba terpantas bakal berentap untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM70,000, serta peluang untuk mewakili Malaysia di pusingan kelayakan Piala GR GT Asia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Lebih daripada 800 orang menyertai pusingan kelayakan yang diadakan bermula dari 21-29 Ogos dan daripada jumlah itu hanya 20 orang pelumba terpantas sahaja dipilih menerusi pusingan suku akhir pada 4-5 September tempoh hari.

Persaingan separuh akhir pada hujung minggu ini bakal menentukan 10 pelumba terpantas yang layak ke pusingan akhir pada 19 September.
 

2000GY


Dalam pusingan separuh akhir, semua pelumba akan memandu Toyota 2000GT dalam perlumbaan 15 minit di litar 3.8 km Goodwood Motor Circuit, diikuti kemudiannya dengan perlumbaan kedudukan grid terbalik untuk melengkapi jelajah di United Kingdom.

Perlumbaan ketiga pula akan menggunakan jentera GR Supra Racing Concept untuk tempoh 30 minit di litar 6.2 km di litar Mount Panorama-Bathurst.

Pusingan akhir turut melibatkan format tiga perlumbaan. Dua perlumbaan terawal melibatkan lumba pecut selama 15 minit dengan jentera FT-1 Vision Gran Turismo GR.3 di litar 7 km Spa Francorchamps di Belgium.
 

spa


Penentu juara adalah melalui perlumbaan 40 minit di Fuji Speedway, dengan memandu jentera TS050 Hybrid (TGR) dan memerlukan pelumba untuk melakukan sekurang-kurangnya satu hentian pit wajib.

Tidak seperti acara sebelum ini, pusingan akhir tahun ini akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform Gran Turismo Sport (Sony Playstation), dan boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube Toyota Gazoo Racing dan saluran eGG Astro.

Acara dua hari tersebut bakal menyaksika barisan pemenang Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports seperti Taj Aiman, Iqbal Suji, Mior Hafiz, serta pemenang perlumbaan tahun 2018, Muhammad Uzair berentap untuk mempertahankan kejuaraan masing-masing.

Kejuaraan Toyota GR Velocity menawarkan hadiah tunai sebanyak RM20,000, RM10,000, RM7,000, RM5,500, RM4,500 untuk lima kedudukan pertama, diikuti wang tunai sebanyak RM4,000, RM3,500, RM3,000, RM2,500, dan RM2,000 untuk kedudukan enam hingga 10.
 

Tuji


Tiga pemenang teratas akan mewakili Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala GR GT Asia yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pacific (TMAP).

Memeriahkan lagi acara perlumbaan maya itu adalah perlumbaan pertunjukan oleh pelumba-pelumba Vios Challenge dari kelas Promotional, Sporting, Super Sporting dan Rookie.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pemuda berusia 24 tahun itu berjaya mengalahkan sembilan lagi finalis menerusi tiga siri perlumbaan…