20 minit larikan MPV polis

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki ditahan selepas 20 minit melarikan sebuah kereta peronda (MPV) milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sekatan jalan raya (SJR) Taiping Utara, berhampiran susur masuk Plaza Tol Kamunting, di sini, pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata suspek dari Selama, Perak melarikan MPV yang diparkir dalam kawasan IPD Taiping pada jam 7.28 pagi dengan meninggalkan kenderaannya jenis Ford Fiesta.

 

"Tidak sampai setengah jam, suspek di tahan bersama kenderaan yang dilarikan di SJR Taiping Utara.

 

"Suspek dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Osman berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung tindakan atau modus operandi suspek.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Malah, pemeriksaan turut menemukan sebilah pisau, gunting, set sarung tangan, topi keledar, kad…
Berita Global
Menariknya, walaupun ia hadir dalam versi prototaip, MPV Mustang Mach-E itu sudah pun mendapat…