20 kenderaan tersadai selepas isi petrol bercampur air; pengusaha stesen minyak mohon maaf

oleh SALINA JALIL|
Seorang pengusaha stesen minyak di Kampung Tok Dor, di Jertih memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang rosak selepas bekalan petrol di stesen itu didapati bercampur air.

Difahamkan insiden itu turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi serta persepsi berbeza daripada netizen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pengusahanya, Mohamad Rozaki Awang Teh berkata, kejadian yang berlaku antara jam 7 sehingga 8.30 pagi itu disedari selepas beberapa kereta yang selesai mengisi minyak di stesen minyak itu tersadai beberapa meter dari kawasan itu.

 

"Selepas diperiksa, didapati RON 95 dari lapan nozel di empat pam minyak didapati bercampur air selepas tangki bekalan dimasuki air akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam.

 

"Ia kali pertama kejadian ini berlaku sejak stesen minyak ini dibuka pada 2016," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 

Rozaki berkata, dia mengambil keputusan menutup operasi perniagaan selama satu hari bagi mengelakkan lebih ramai yang terkesan.

 

"Kami juga menanggung kerugian 20 pemilik kenderaan yang terjejas dengan memperuntukkan antara RM700 hingga RM800 untuk menunda kenderaan itu ke bengkel.

 

"Kejadian ini bukan disengajakan atau mahu menganiayai pelanggan kerana kami amat mengutamakan kepentingan pelanggan," katanya. Beliau berkata, mereka juga turut mengarahkan pihak kontraktor memeriksa semula punca kejadian dan menyedut air dari dalam tangki minyak terbabit.

 

"Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut datang untuk melakukan siasatan.

 

"Namun jika hasil siasatan kelak mendapati terdapat unsur perbuatan khianat dari mana-mana pihak kami akan membuat laporan polis," katanya sambil memaklumkan stesen minyak itu akan beroperasi semula esok.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Phan Chib Chan, 59 tahun mengaku bersalah atas kesalahan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam…
Berita Domestik
  "Kementerian juga telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan…
Informasi
  Beliau berkata, arah aliran menurun dalam harga minyak dan trafik yang lemah susulan PKP…