20 bas henti-henti JB-Singapura beroperasi Jumaat ini

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Hanya 20 bas digunakan bagi perkhidmatan bas henti-henti Johor Bahru (JB)-Singapura apabila sempadan negara dibuka Jumaat ini.


Pengurus Handal Indah Sdn Bhd, Mahathir Anuar berkata, bagaimanapun perkhidmatan itu hanya membabitkan laluan di Tambak Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, penggunaan 20 bas itu dibuat atas permit sedia ada Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).

 

"Sebelum pandemik Covid-19, lebih dari 100 bas ulang alik (Causeway Link) JB-Singapura digunakan setiap hari melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua (Second Link).

"Buat permulaan pembukaan sempadan, hanya 20 bas yang mempunyai permit VTL digunakan.

 

"Kami akan membuat permohonan kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura untuk mendapatkan permit khas Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi membenarkan lebih banyak perkhidmatan bas henti-henti JB-Singapura digunakan," katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

 

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula sepenuhnya pada 1 April ini, selepas lebih dua tahun ditutup bagi mengekang penularan Covid-19.

 

Langkah berkenaan diumumkan selaras dengan pengumuman negara ke fasa peralihan endemik bulan depan.

 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata selaras pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura, semua kelas perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi.

 

Katanya, operator perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam dalam negara boleh membuat persiapan memulakan semula operasi termasuk memperbaharui semua permit atau lesen berkaitan, sama ada dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau pihak berkuasa Singapura.

 

 

Harian Metro