2 warna 1 badan bukan mudah, ini cara Nissan buat pada Juke baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Proses warna Nissan Juke
Proses warna Nissan Juke
Nissan Juke adalah sebuah model yang mempunyai reka bentuk unik. Sewaktu mula diperkenalkan, reka bentuk Juke menjadi topik menarik untuk dibualkan.

Juke generasi kedua dilancar di United Kingdom pada Oktober 2019 dan pada asalnya Nissan menjangkakan jualan versi dua warna (two-tone) adalah sekitar satu perlima atau 20 peratus.

Tahukah anda berapa jumlah sebenar?

Lebih tinggi daripada jangkaan dengan permintaan untuk Juke dua warna sebanyak satu perempat atau 25 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Juke

 

Trend pembeli

Kereta dengan dua warna sekarang ini menjadi trend di kalangan pembeli. Permintaan tersebut didorong oleh pembeli yang mahukan sesuatu berbeza daripada pilihan kebanyakan.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Nissan membangunkan 11 warna badan dengan tiga warna bumbung dan secara keseluruhannya 15 kombinasi dua warna untuk Juke baharu.

Pelanggan boleh memilih warna untuk bumbung, antena sirip yu, kemasan bampar dan pelbagai lagi.

Bagi menghasilkan pelbagai warna tersebut bukan mudah, Nissan mengambil masa berbulan-bulan untuk merekabentuk, merancang dan kerja-kerja kejuruteraan.

Satu daripada warna menarik atau signatur untuk Juke ialah Fuji Sunset Red.

Pasukan di sebalik dua warna Juke

 

PROSES WARNA NISSAN JUKE

 

Tugas untuk membangunkan pilihan warna komprehensif adalah di bawah studio rekaan warna Nissan Design Europe (NDE), London manakala Nissan Sunderland pula bertanggungjawab menguruskan proses pewarnaan.

Kumpulan di NDE London diketuai oleh Pengurus Warna, Lesley Busby dan mereka mengenalpasti warna serta membangunkan kombinasi dua warna Juke.

Pengurus Kemudahan Warna (paint shop), Clare Errington pula bertanggungjawab bagi memastikan warna dihasilkan dengan tepat pada Juke di kilang pengeluaran.

Proses warna

 

PROSES WARNA NISSAN JUKE

 

Tahukah anda berapa lama diperlukan untuk menghasilkan warna Juke? Lebih daripada setahun sebelum kereta pelanggan pertama dapat dicat dengan proses percubaan ketat bagi memastikan ketepatan warna.

Kemudahan mengecat (paint shop) di kilang Nissan Sunderland mempunyai ciri canggih dan sebahagian daripada pelaburan berjumlah £101 juta untuk Juke.

Badan Juke dua warna menerima pelbagai rawatan komprehensif dari lapisan electrocoat primer dan prosedur celupan (dipping) sehingga sealant dan aplikasi warna bawah badan (underbody) di mana kesemua peringkat tersebut dibuat sebaik mungkin bagi mendapatkan hasil yang menonjol dan tahan lama. 

Proses pewarnaan Juke masih melibatkan tenaga kerja manusia dan diganding bersama robot.

Lebih nipis daripada rambut

 

PROSES WARNA NISSAN JUKE

 

Operator berkemahiran Nissan mengenakan beberapa lapisan warna pada badan Juke. Kerja-kerja pewarnaan yang dilakukan melibatkan pengukuran lebih nipis daripada lebar rambut dan ketepatan mikroskopik adalah kunci bagi menghasilkan warna yang betul-betul menarik atau berseni.

Spesifikasi pewarnaan juga jelas iaitu bagaimana sesuatu warna perlu tampil pada kereta, berapa banyak cat digunakan dan kualiti warna yang diperlukan.

Bagi memastikan hasil kerja terbaik, debu atau habuk paling kecil perlu dibuang supaya cat dapat disembur pada permukaan yang sempurna.

Operator bahagian mengecat menggunakan pakaian bebas serat (lint free) bagi mengelak daripada mencemarkan persekitaran dan pencahayaan khas bagi membolehkan pemeriksa mengenalpasti dan menyingkirkan sebarang elemen tidak sempurna sebelum proses mewarna disiapkan.

 

PROSES WARNA NISSAN JUKE

 

Konfigurasi dalam talian

Proses mengecat nampak rumit dan teliti namun ianya lebih mudah untuk pelanggan.

Selain memilih warna mengikut katalog, pelanggan boleh melihat padanan warna model kegemaran mereka melalui laman web. 

Pelanggan di UK boleh bermain dengan warna melalui tatarajah dalam talian dan pratonton 360 darjah bagi mendapatkan gambaran secara maya.

Proses tersebut memang mudah, hanya melalui pergerakan dan arahan butang tetikus.

Kerja-kerja di studio dan kilang jauh lebih rumit namun hasilnya berpadanan apabila kereta merelit keluar dari kilang!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan JUKE

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…