2 unit pertama Hyundai NEXO dimiliki Sarawak Energy

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sementara itu dalam satu perkembangan di Sarawak, syarikat Sarawak Energy Berhad merupakan syarikat yang pertama memiliki dua unit Hyundai NEXO. 

Pembelian unit ini adalah bertujuan untuk projek perintis produksi hidrogen dan pembangunan stesen pengisian bahan api tersebut di Kuching. 

Pihak Sawarak Energy mahu menjadikan bahan api hidrogen dan sel bahan api sebagai salah satu alternatif yang memacu sektor pengangkutan Sarawak pada masa akan datang. 
 


Hyundai NEXO dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang menghasilkan 163 PS, dan dengan sumber bahan api daripada hidrogen, ia hanya menghasilkan wap air yang tidak memudaratkan alam sekitar. 

Untuk pengisian bahan api hidrogen, Hyundai NEXO hanya memerlukan masa beberapa minit dan mampu berjalan sejauh 666 km untuk sekali pengisian. 

Sarawak Energy bekerjasama dengan Linde EOX Sdn Bhd selaku peneraju syarikat kejuruteraan dan gas industri di seluruh dunia untuk projek perintis bahan api hidrogen di Sarawak. 

Tatkala industri automotif Malaysia masih belum menunjukkan minat terhadap kereta elektrik, penggunaan sel bahan api hidrogen ini mungkin satu langkah yang sangat baik dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan kenderaan sifar emisi kepada rakyat Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen pengecas EV pertama di Kuching itu terletak di Dataran ICOM Kuching, di mana ia merupakan…
Berita Domestik
Dalam perjanjian Gentari dengan SEB, tumpuan akan diberikan kepada mempelbagaikan dan meningkatkan…
Berita Domestik
Dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors baru-baru ini,…