2 buah Bugatti Veyron ini untuk dijual, ada yang berminat?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada 5 Julai lalu selaku pengedar rasmi, Wearnes Automotive telah melancarkan sebuah model hebat, mahal lagi eksklusif iaitu Bugatti Chiron Sport di pasaran tempatan.

Harganya?

RM12.5 juta tidak termasuk cukai dan insurans.

Jika ada yang mengatakan membeli kereta adalah pelaburan yang merugikan, tidak semestinya kerana Bugatti adalah sebuah jenama yang menerbalikkan hukum tersebut.

Sebagai contoh harga sebuah Bugatti Veyron baharu ialah sekitar AS 2 juta atau lebih bergantung kepada spesifikasi dan tahap ubah suai peribadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse

 

Walaupun sudah bertahun dimiliki, harga Veyron kekal istimewa dan terus meningkat.

Untuk memilikinya pula bukan setakat memerlukan wang yang banyak tetapi juga bergantung kepada kesudian pemilik untuk menjualnya.

Maklumlah, hanya terdapat 450 unit Veyron sahaja dihasilkan dalam tempoh 10 tahun dikeluarkan sehingga tamat produksi pada tahun 2015.

Buat mereka yang mempunyai keinginan untuk memiliki model ini, terdapat dua buah Veyron terpakai yang mahu dijual.

Kedua-dua unit tersebut ditawarkan oleh H.R. Owen yang merupakan pengedar kereta mewah terkemuka di London.

 

Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse

 

Unit pertama yang mahu dijual ialah varian Grand Sport Vitesse tahun 2015. Selain varian istimewa, unit ini begitu eksklusif kerana terdapat beberapa buah sahaja yang dikeluarkan dalam dwi warna gentian kaca biru dan hitam.

Dalamannya pula dibalut penuh dengan warna kontra oren dan hitam.

Jarak perbatuan pula rendah iaitu hanya 3540 km sahaja. 

Harga yang ditawarkan ialah GBP 2,750,000 atau RM 14,628,369.

Unit kedua yang mahu dijual pula ialah Veyron Grand Sport tahun 2013. Model ini berwarna putih sepenuhnya dengan interior berwarna hitam.

 

Bugatti Veyron Veyron Grand Sport

 

Ini juga adalah model yang eksklusif dan salah satu daripada 58 unit yang pernah dihasilkan.

Satu lagi perkara unik tentang unit ini ialah jarak perbatuannya iaitu hanya bergerak 949 km sahaja di atas jalan raya sejak tahun 2013.

Betul-betul tersimpan. Berkenaan harga pula, H.R Owen tidak menyatakan nilai rasmi.

H.R. Owen selaku pengedar rasmi Bugatti akan memberikan servis penuh tahunan serta jaminan pengilang oleh Bugatti selama 12 bulan.

 

Bugatti Veyron Grand Sport

 

Mereka yang berminat dengan Veyron ini boleh menghubungi bilik pameran di talian 0207 907 8740.

Adakah logik kereta ini dihebahkan di negara kita? Kenapa tidak, memandangkan sekarang ini pun ada yang menawarkan khidmat menempah kereta yang diingini dari London.

Berbanding Chiron Sport yang mempunyai tempoh menunggu agak lama, kedua-dua unit Veyron ini adalah ready stock dan semestinya lebih murah untuk dimiliki dalam tempoh pelepasan cukai sekarang ini.

Aha!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bugatti Veyron Grand Sport

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…