1MTTCC rancang tubuh lima cawangan baharu di seluruh negara

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Pertubuhan Trak Tunda dan Pengangkut Kereta 1Malaysia (1MTTCC) merancang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya lima lagi cawangan baharu di seluruh negara tahun ini. 

Menurut Presiden 1MTTCC, Md Yusof Yahya berkata, pada masa ini pertubuhan tersebut mempunyai cawangan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang serta Johor dengan kekuatan seramai 500 anggota. 

"Lima cawangan dirancang untuk diwujudkan, termasuklah di Sabah dan Sarawak bertujuan untuk mendekati masyarakat," ujar beliau kepada pemberita. 
 


Md Yusof berkata, pihaknya kini juga sedang dalam perancangan untuk memberikan penerangan kepada masyarakat berhubung penyelarasan harga perkhidmatan trak tunda dan pengangkut kereta itu. 

Hal ini adalah disebabkan timbulnya isu bayaran perkhidmatan pertubuhan yang tidak seragam di seluruh negara. 

"Kami akan mengadakan perbincangan untuk selaraskannya setelah selesai penubuhan cawangan-cawangan baharu itu nanti.

"Kami juga mahu membuang persepsi negatif daripada masyarakat dengan mendekati mereka melalui program kebajikan serta beberapa program kemasyarakatan," katanya. 
 


Selain daripada itu, pihak 1MTTCC juga merancang untuk mengadakan program keselamatan jalan raya dengan kerjasama agensi berkaitan seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - Bernama.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden 1MTTCC, Md Yusof Yahaya berkata, kes tersebut hanya melibatkan salesman atau lebih…
Berita Domestik
Bermula sejak jam 6 petang, dalam 400 orang dari ahli TTCCPT dan rakan-taulan mula berkumpul untuk…