1MTTCC nafi pergaduhan berpunca dari pemandu trak tunda

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Trak Tunda dan Pengangkut Kereta 1 Malaysia (1MTTCC) dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya kejadian pergaduhan yang berlaku di Serdang bertarikh 28 Mei 2020 berpunca dari pemandu trak tunda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Presiden 1MTTCC, Md Yusof Yahaya berkata, kes tersebut hanya melibatkan salesman atau lebih dikenali sebagai longkai @ callman dan bukan disebabkan oleh pemandu trak tunda.

Tambah beliau lagi, pemandu trak tunda hanya tiba di lokasi setelah mendapat panggilan untuk menunda kenderaan  yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kenyataan tersebut dibuat berikutan terdapat kesilapan informasi yang dilaporkan oleh sebuah laman berita tempatan, di mana ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi pemandu-pemandu trak tunda.

Md Yusof turut memberikan jaminan bahawa 1MTTCC amat menitikberatkan soal disiplin dan etika kerja yang tinggi setiap kali berurusan dengan pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula sejak jam 6 petang, dalam 400 orang dari ahli TTCCPT dan rakan-taulan mula berkumpul untuk…
Berita Domestik
Pertubuhan Trak Tunda dan Pengangkut Kereta 1Malaysia (1MTTCC) merancang untuk mewujudkan sekurang…