180,000 pepijat dalam kenderaan swapandu - risiko untuk digodam!

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat penganalisa data, GlobalData menganggarkan sebanyak 180,000 pepijat (bugs) di dalam kod operasi kenderaan swapandu peringkat 5 (Level 5 Autonomous vehicle) memberikan 15,000 risiko kenderaan itu digodam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan terkini GlobalData bertajuk "Cybersecurity in Automotive - Thematic Research" menekankan kepentingan untuk melindungi infrastruktur yang mempunyai kesinambungan dengan kenderaan swapandu kerana dunia sekarang sudah mula masuk ke era Perang Kod, yang mana semua peranti digital boleh dijadikan senjata.

Menurut Emilio Campa, penganalisa dari GlobalData, pintu kenderaan yang dikawal secara digital mudah digodam. Selama satu dekad ini, banyak penggodam yang mampu membuka pintu kenderaan secara maya dan mengumpul data-data peribadi dari kenderaan tersebut.

Malah penggodam juga pernah mengambil alih kawalan kenderaan swapandu dengan mudah.

Keselamatan siber dalam industri automotif tidak boleh dipandang remeh dan negara-negara di Eropah, US dan China sudah mula mengimplementasikan undang-undang keselamatan siber untuk kenderaan-kenderaan.

Pembuat kenderaan perlu lebih peka dengan perubahan ini agar kenderaan mereka lulus ujian dan boleh dieksport keluar.