Menerusi kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan PLUS, pemilik kenderaan elektrik boleh mengecas EV mereka di R&R Ayer Keroh (Arah Utara), R&R Tapah (Arah Utara), serta R&R Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Enam lagi stesen TNB Electron sedang dibangunkan di lokasi seperti R&R Machap (Arah Selatan), Rawang (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Gurun (Arah Utara dan Selatan) dan Paka (Arah Selatan).
Menurut Ahli Lembaga Pengarah PLUS dan Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Dato’ Mohd Izani Ghani berkata, “Sehingga Januari tahun ini, sebanyak 20 kemudahan pengecas pantas telahpun beroperasi di sepanjang Lebuhraya PLUS. PLUS juga bersedia untuk menambah lebih banyak kemudahan ini di R&R yang lain,” tambah beliau.

“Kami juga yakin bahawa Pengecas TNB Electron ini akan dapat memberikan lebih pilihan kepada pemilik kenderaan elektrik di Lebuhraya PLUS dengan kos yang lebih efektif.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din, “Penggunaan tenaga elektrik di 9 TNB Electron itu yang dianggarkan sebanyak 99,000 kWh elektrik sepanjang tahun 2023 akan dapat menghindari pelepasan 7.2 tan metrik karbon dioksida dalam tempoh yang sama. Ini adalah bersamaan dengan pemerangkapan gas rumah hijau oleh 8.5 ekar hutan setahun.”
“Pembangunan industri EV adalah sebahagian daripada komitmen TNB untuk memberi tumpuan terhadap usaha penyelesaian tenaga lestari di peringkat nasional dan antarabangsa. Agenda Peralihan Tenaga TNB menyasarkan tenaga sifar bersih pada tahun 2050 melalui pengurangan 35% intensiti pelepasan karbon menjelang 2035,” katanya.