18 lokasi perangkap had laju di Selangor

oleh Penyumbang Rencana|
foto PDRM Negeri Selangor
Polis Selangor menjadikan 18 tempat di negeri ini sebagai lokasi perangkap had laju sempena Ops Lancar yang dilaksanakan bermula Jumaat sehingga 2 Februari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lokasi perangkap had laju itu membabitkan tujuh daerah di negeri ini.

Menurutnya, antara lokasi tumpuan perangkap had laju ialah di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK,) Kilometer 30 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Jalan Klang Teluk Intan (Pekan Kuala Selangor-Tanjung Karang), Jalan Kuala Selangor - Rawang serta Plaza Tol Sungai Besi.

"Selain operasi perangkap had laju, Polis Selangor turut membuat rondaan di 62 kawasan 'hotspot' dan 32 kawasan blackspot di seluruh negeri ini.

"Matlamat operasi adalah untuk melancarkan aliran trafik serta mengurangkan dan mengelakkan kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya dan advokasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS 2, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), pada Sabtu.

Hussein berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan boleh terus menghubungi Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman di talian 03-2266 3356.

"Selain itu aduan atau pertanyaan juga boleh dibuat ke Bilik Gerakan Trafik Selangor 03-55100559 atau Hotline CCC Selangor 03-55145206," katanya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Percubaan itu akan dijalankan di lebuh raya D3, melibatkan laluan sepanjang kira-kira 50 kilometer…
Berita Domestik
Katanya, langkah itu diambil untuk mewujudkan zon sekolah yang selamat kerana ia mempunyai sejarah…
Berita Domestik
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet…