17 motosikal pelanggan hangus terbakar

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
17 motosikal milik pelanggan rentung akibat kebakaran dalam kejadian awal pagi Jumaat dan seorang mekanik terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit di Tumpat.

Kejadian itu turut memusnahkan lima lagi motosikal milik keluarga serta sebuah kereta Proton Perdana kata mekanik, Firdaus Mohd Zamri, 21 tahun.

Katanya lagi motosikal milik pelanggannya termasuk jenis Yamaha Y15ZR sedang dibaiki, manakala RXZ pula yang sepatutnya diambil pemiliknya pada hari kejadian, semuanya turut musnah.

Menurutnya lagi, dia tiada di rumah dan dihubungi jiran yang memaklumkan rumah sedang terbakar menyebabkan dia bergegas pulang dan sebaik tiba, api sedang marak dan membakar semua motosikal di luar rumah.

Kedengaran beberapa bunyi letupan kecil kata abang mangsa, Mohamad Hafizi, 35 tahun yang berkata bahawa  dia sedang tidur di ruang tamu sebelum dikejutkan adik lelakinya, Mohd Adam, 18 tahun, memberitahu ada kebakaran di luar rumah.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Muhammad Najmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.52 pagi dan mengerahkan 15 anggota termasuk dari BBP Wakaf Bharu serta Kota Bharu ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan kediaman jenis sementara kekal dengan kemusnahan sebanyak 95 peratus.

“Api berjaya dikawal jam 5.53 pagi sebelum padam sepenuhnya jam 5.58 pagi. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-  salam takziah dan semoga tabah hadapi dugaan ini -

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian…
Berita Domestik
  "Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak…