17 kematian rider P-Hailing untuk tahun 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
Jabatan Penyiasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman hari ini mengesahkan 17 orang penunggang P-Hailing maut kerana kemalangan jalanraya dalam tahun 2020, dan bukannya ribuan seperti yang dikatakan oleh laporan beberapa media.

Pengarah jabatan tersebut, Azisman Alias berkata jumlah yang tidak tepat itu mungkin kerana salah faham kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong semasa sidang media.

Azisman seterusnya memberitahu bahawa menurut statistik jabatannya, sebanyak 3,959 kematian melibatkan penunggang motosikal dalam tahun 2019.

Tahun 2020 mencatatkan penurunan 21 peratus, iaitu sebanyak 3,118 kematian.

Dari jumlah itu, kemalangan maut di kalangan penungang P-Hailing (Grab Food, Food Panda dan lain-lain) untuk tahun 2020 ialah sebanyak 17 kes, sementara itu 10 kes melibatkan kecederaan parah dan 64 membabitkan kecederaan ringan.

Di bawah ialah statistik dari PDRM yang dibuat oleh MalaysiaKini.

 

 

* Laporan lengkap di MalaysiaKini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Mereka yang berusia 21 hingga 51 tahun itu dikesan telah memandu kenderaan di bawah pengaruh…
Berita Domestik
  Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
  Pada masa sama, anggota tersebut telah ‘memerah throttle minyak’ sehingga mengeluarkan bunyi…