16 stesen LRT sepanjang laluan Kelana Jaya ditutup serta-merta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 16 stesen di sepanjang laluan perjalanan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya ditutup serta-merta ekoran berlaku gangguan berterusan sejak awal petang tadi.


Rapid Rail Sdn. Bhd. melalui Twitternya sebentar tadi memaklumkan laluan terjejas bermula dari Stesen KLCC ke Kelana Jaya.

Pengumuman itu dibuat selepas perkhidmatan LRT di Stesen KLCC dan Kelana Jaya dihentikan sekitar pukul 4 petang hari ini.

 

Dalam ciapan lain di Twitternya berkata, perkhidmatan bas pengantara disediakan secara percuma untuk penumpang yang terjejas.

 

Terdahulu, Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan LRT akan berhenti lebih lama daripada kebiasaan di stesen antara KLCC dan Kelana Jaya kerana mengalami gangguan teknikal.

 

Kemaskini Laluan LRT Kelana Jaya: Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari stesen-stesen berikut:

LRT Lembah Subang ke LRT Pasar Seni
1) WUX5708
2) WVA2977
3) WNV6530
4) WUY4091
5) W6961T
6) WVD2353

 

Sumber: Twitter RapidKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rapid KL menegaskan, aktiviti makan dan minum adalah tidak dibenarkan di stesen, platform dan di…
Informasi
Rapid KL melalui kenyataan memaklumkan, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati dawai halus…
Informasi
Menurut kenyataan sama, tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Pudu dengan kekerapan…