16 guru bermotosikal redah lumpur selama 5 jam untuk sampai ke sekolah

oleh SALINA JALIL|
Selepas empat hari terkandas, 16 guru yang terpaksa meredah jalan berlumpur dan melalui tiga titian kayu runtuh akhirnya sampai ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, pagi Selasa di Gua Musang.


Mereka menunggang motosikal ke sekolah itu sejak Ahad lalu tetapi berdepan kesukaran apabila terhalang dengan keadaan jalan rosak teruk dan jambatan runtuh selepas berlaku banjir lumpur susulan hujan lebat sejak Jumaat lalu.
Modenas

 

Penolong Kanan Pentadbiran SK Tohoi, Md Alias Dollah, 50, berkata, sepanjang mengajar di sekolah itu sejak 20 tahun lalu, kejadian jalan rosak pada minggu ini disifatkan antara yang paling teruk berlaku.

 

Beliau berkata, walaupun berlaku kejadian jalan rosak berlaku sebelum ini, namun beliau bersama guru lain tekad meneruskan perjalanan ke sekolah.

 

Katanya, keadaan jalan rosak dan tiga jambatan runtuh ke Pos Tohoi kali ini amat luar biasa dan mencabar guru untuk melaluinya.

 

"Kami bersyukur dapat meredah lumpur dan melalui tiga titian kayu selepas jambatan utama runtuh dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

 

"Perjalanan mengambil masa sehingga lima jam untuk sampai ke sekolah tetapi laluan sukar yang ditempuhi menjadi mudah selepas kami bekerjasama," katanya kepada pemberita, hari ini.

 

Sementara itu, Penolong Kanan Kokurikulum SK Tohoi, Mohd Radzi Mat Yaacob, 42, berkata, mereka membuat empat percubaan untuk ke sekolah sejak Ahad lalu.

 

Katanya, disebabkan laluan itu berbahaya akibat jalan licin dan melalui titian kayu jambatan runtuh, mereka terpaksa berpatah balik semula ke bandar ini.

 

"Hari ini kali keempat kami teruskan perjalanan ke sekolah dan akhirnya berjaya sampai dengan selamat.

 

"Kami berusaha untuk sampai ke sekolah sebab hari ini murid Orang Asli Tahun Satu hingga Tahun Empat memulakan persekolahan selepas cuti panjang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19, sejak 18 Mac lalu," katanya.

 

 

 

BH

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri tersebut lagi, beliau telah meminta Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata kemalangan berlaku ketika…
Berita Domestik
Seramai 91 ibu bapa termasuk seorang guru dan anggota polis disaman atas kesalahan tidak memakai…