16 fakta mengenai Mildef HMAV 4X4 - Kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat khusus untuk peralatan ketenteraan, Mildef International Technologies Sdn Bhd telah melancarkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) pertama negara untuk kegunaan pasaran tempatan dan juga luar negara.

Careta difahamkan bahawa Mildef mempunyai seramai 140 orang tenaga mahir tempatan yang terdiri dari jurutera-jurutera dan juga bekas tentera.
Modenas

Menurut Datuk Sri Mohd Nizam Kasa, Ketua Pegawai Eksekutif Mildef,syarikat beliau turut menerima bantuan kepakaran dari Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Syarikat 100 peratus milik Bumiputra itu menjadi syarikat pertama yang menghasilkan sebuah kenderaan berperisai dengan menggunakan rekabentuk sendiri dan 70 peratus komponen tempatan. Dahulunya syarikat ini dikenali sebagai Kembara Suci Sdn Bhd dan pejabat mereka di Sungai Merab, Kajang masih dalam operasi.

Antara komponen asing yang digunakan adalah komponen-komponen penting seperti enjin dari Caterpillar yang dipadankan dengan transmisi Allison, gandar buatan Perancis, tayar-tayar Pirelli dan sistem-sistem elektronik.

Selain dari itu, rekabentuk, kerangka dan pembuatan dilakukan di Malaysia oleh Mildef sendiri.

 

 

Kos pembangunan yang dilaburkan oleh Mildef ialah sehingga RM16 juta dan mengambil masa selama empat tahun. Nizam berkata ia tidak menerima atau meminta sebarang dana dari mana-mana agensi kerajaan langsung untuk projek tersebut.

Nizam (gambar di bawah) berkata Mildef HMAV 4X4 sebenarnya direka untuk menggantikan unit kenderaan berperisai Radpanzer Condor 4x4 APC (Armoured Personnel Carrier) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah digunapakai semenjak tahun 1981.

 

mildef 4x4

 

Namun begitu, ATM masih belum menentukan samada Condor itu akan digantikan dengan produk Mildef ini ataupun tidak.

"Kelebihan produk tempatan seperti Mildef HMAV 4X4 ini adalah ia lebih mudah, cepat dan murah untuk diselenggara.

Jika kita menggunakan produk luar negara, alatganti dan kos baik pulih sudah terbukti menjadi masalah besar. Malah, kita juga akan ada kekangan mengimport masuk alat ganti kerana memerlukan kebenaran dari pelbagai pihak di luar negara, termasuk dari Nato," terang Nizam bila ditanya akan kelebihan produk Mildef itu.

 

 

Nizam juga berkata negara-negara luar sudah ada yang berminat kerana tidak seperti jenama-jenama militari yang besar, Mildef berupaya dan bersedia untuk melakukan pemindahan teknologi sehingga 60 peratus bagi memenuhi syarat-syarat untuk dibawa masuk ke negara asing.

"Malah kami memang sudah menerima pinangan serius dari beberapa negara, termasuk dari negara jiran dan sebuah negara di timur tengah," ujar Nizam, anak kelahiran Kulim, Kedah itu.

Mildef juga dalam proses menyiapkan dua lagi produk ketenteraan, iaitu sebuah kenderaan mobiliti kecil seperti Humvee dan juga sebuah HMAV 6X6.

 

 

Antara ciri-ciri menarik Mildef HMAV 4X4 ialah:

  1. Menggunakan enjin turbo diesel 6.6-liter 6-selinder sebaris dari Caterpillar
  2. Nisbah kuasa ke berat - 23.57 hp/tan
  3. Kelajuan maksimum - 110kmsj
  4. Secara rasmi, ia adalah kenderaan berperisai untuk unik tinjauan (reconnaissance)
  5. Ia menggunakan sistem 4X4 sepenuh masa
  6. Menggunakan Central Tyre Inflation System (CTIS) untuk mengurangkan dan menaikkan tekanan udara tayar
  7. Mampu beroperasi dari suhu serendah -21 darjah Celcius hingga 49 darjah Celcius.
  8. Mempunyai kadar perlindungan perisai Stanag 4569 A2 (peluru dan balistik) dan Stanag 4569 LA2/L2B (bom tangan dan periuk api)
  9. Berat kasar kenderaan ialah 14 tan dan berat tanpa muatan ia 11 tan
  10. Panjang maksimum 5.6 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 2.5 meter
  11. Jarak antara roda - 3.2 meter
  12. Ruang lega bumi - 430 mm
  13. Sudut approach dan departure - 40/35 darjah
  14. Sudut senget maksimum (side slope) - 40 peratus
  15. Sudut dakian maksimum - 60 peratus
  16. Tahap kedalaman meredah air - 1 meter

LIhat koleksi-koleksi gambar Mildef HMAV 4X4 oleh Careta.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku Menteri Kanan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa (gambar di bawah), ujian-…