16 cedera bas ekspres terbalik

oleh Hamimah Hamid|
SERAMAI 16 penumpang termasuk pemandu cedera apabila bas ekspres yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer (KM) 5.5, Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam dekat Seberang Perai pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Butterworth menghala ke Seberang Jaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.19 pagi.

 

Menurutnya, seramai 13 anggota termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Butterworth dibantu BPP Perai bergegas ke lokasi.

 

“Setiba di lokasi, kita dapati terdapat enam lelaki dan 10 wanita di dalam bas terbabit. Tidak ada mangsa yang tersepit dan semuanya berjaya dikeluarkan anggota bertugas.

 

“Kesemua mangsa yang cedera ringan diberikan rawaran awal oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan selanjutnya,” katanya.