15 basikal roda tiga dan tiga motosikal roda tiga disita

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Sebanyak 15 basikal roda tiga dan tiga motosikal roda tiga disita dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Premis Barang Lusuh di sekitar Ampang Jaya bermula 15 Jun lalu hingga Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, basikal dan motosikal roda tiga disita akan dibuka tong dan dilupuskan.

"Basikal atau pun motorsikal akan diserahkan kembali kepada pemilik selepas pemilik berdaftar hadir mengemukakan semua dokumen lengkap kenderaan.

"Dalam operasi berkenaan juga tindakan saman diambil terhadap penunggang motosikal roda tiga yang tiada lesen memandu sah dan saman cukai jalan tamat tempoh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, selain itu, saman terhadap pemilik kenderaan juga dikeluarkan kerana membenarkan individu yang tiada lesen memandu menggunakan kenderaan milik mereka.

"Antara kejayaan yang dicapai dalam operasi ini adalah tangkapan seorang lelaki mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan satu tangkapan lelaki Myanmar mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil.

"Adalah dinasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal serta basikal tidak mengubahsuai kenderaan dengan memasang tong untuk kegunaan persendirian," katanya.

Katanya, jadilah pengguna jalan raya yang bijak, berhemah dan bertimbang rasa.

"Selain itu, orang ramai adalah dinasihatkan juga supaya tidak memberi pinjam atau sewa kenderaan milik mereka kepada warga asing bagi tujuan menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya senantiasa memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya dalam setiap operasi yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan supaya matlamat operasi berkenaan dicapai," katanya.

 

PDRM

Berita Berkenaan

Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Berita Global
Truong yang juga seorang jurutera pembangunan basikal gunung mula mencari alternatif untuk…