1,431 ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol dari Januari hingga Jun 2020!

oleh SALINA JALIL|
Isu pemandu mabuk semakin menjadi-jadi apabila sebanyak 1,431 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lebih mengejutkan, itu hanya statistik untuk tempoh enam bulan pertama bermula Januari hingga Jun lalu.

 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Azisman Alias berkata, sebanyak 12 kes kemalangan maut direkodkan untuk enam bulan tahun ini dan jumlah tersebut meningkat berbanding sepanjang tahun lalu iaitu sembilan kes.

 

Menurutnya, bagi kemalangan mendatangkan kecederaan, sebanyak 23 kes berbanding 15 kes pada 2019.

 

"Sebanyak 27 kes dalam siasatan manakala lapan kes dituduh di mahkamah.

 

"Kes tahun ini meningkat ketara berbanding tahun lalu. Ini jelas menunjukkan si pemabuk tidak takut dengan undang-undang sedia ada.

 

"Kita memberi beberapa cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dan berdasarkan usul cadangan dibentang bulan lalu, kami gembira kerana semua usul kami akan dilaksanakan," ujarnya.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dia didakwa memandu kereta BMW dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had…
Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…