13,000 unit Aruz sudah menemui para pemilik masing-masing sebelum Aidilfitri 2019

oleh Mohamad Hanif|

Perodua Aruz, SUV yang sedang meningkat naik pada ketika ini mencatatkan tempahan kira-kira 25,000 dan lebih daripada separuh (52%) sudah pun dihantar kepada para pelanggan. 

Ini bermakna, kira-kira 13,000 buah Aruz sudah menemui para pemiliknya di seluruh negara, hasil daripada usaha Perodua mempercepatkan penghantaran Perodua Aruz kepada 110 unit sehari. 

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan terus bekerjasama rapat dengan para pembekal untuk terus mengurangkan jurang antara tempahan dan juga penghantaran. 

Dalam masa yang sama, beliau memohon maaf sekiranya kenderaan yang ditempah tidak sampai ke tangan sebelum Hari Raya. 
 


"Perodua sedang bertungkus lumus memaksimumkan pengeluaran dan penghantaran bagi memendekkan masa menunggu sedia ada," ujar beliau lagi. 

Mengikut perkiraan rasmi Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua telah menjual sebanyak 22,943 unit kenderaan sepanjang bulan Mei 2019, menjadikan jumlah lima bulan pertama melonjak 8.5%  kepada 105,743 unit berbanding tempoh yang sama tahun lalu (97,487 unit). 

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pembekal komponen tempatan kami yang telah membuktikan kebolehan mereka dengan meningkatkan pengeluaran dan mengekalkan kualiti mereka untuk memenuhi permintaan tinggi bagi model-model Perodua, yang kesemuanya mengandungi lebih 90% komponen tempatan,” kata Dato’ Zainal.

“Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam dan kepada semua rakyat Malaysia, selamat bercuti. Pandulah dengan cermat dan berhemah, dan utamakanlah keselamatan selalu,” tambahnya.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Disebabkan oleh peningkatan pengeluaran, Perodua menganggarkan pencapaian jualan Januari hingga…
Berita Domestik
  "Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, Perodua begitu komited untuk memberi…
Berita Domestik
  Dato’ Zainal telah menyempurnakan acara pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo, di mana enam…