13 cedera kemalangan babitkan lima kenderaan di PLUS

oleh Hamimah Hamid|
SERAMAI 13 mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 357 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Slim River lewat malam tadi.

Kemalangan turut menyebabkan dua daripada lima kenderaan terbabit terbalik, tetapi tidak mengakibatkan kecederaan parah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 11.53 malam. 

Menurut jurucakap terbabit, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dikejarkan ke lokasi.

Kereta terbalik

"Tiba di tempat kejadian didapati lima kenderaan terbabit dalam kemalangan termasuk dua kenderaan terbalik.

"Seramai 13 mangsa terbabit dalam kemalangan terbabit iaitu lapan lelaki dan lima perempuan namun semua mengalami kecederaan ringan," katanya. 

Menurutnya, sebahagian mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan dan selebihnya dengan bantuan orang awam.

"Anggota bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera melalui pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut," katanya.