13 bas ekspres tidak dibenarkan berada di jalan raya

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 13 bas ekspres tidak dibenarkan berada di jalan raya selepas pemeriksaan menerusi Op Khas Terminal mendapati bas berkenaan tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan.

Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 2,801 bas ekspres di 28 terminal di seluruh negara sejak 1 Februari lalu hingga Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 44 bas diambil tindakan dengan 13 daripadanya tidak dibenarkan berada di jalan raya kerana tahap keselamatan yang rendah dan tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan.

"Selain itu, kami juga menjalankan ujian saringan urin terhadap 187 pemandu bas ekspres dengan empat daripadanya didapati positif dadah dan kes itu diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut.

"Bayangkan jika mereka dibenarkan dengan memandu bas ini, kita boleh lihat ia membawa kepada risiko kemalangan terhadap penumpang yang menggunakan perkhidmatan awam ini," katanya" katanya pada sidang media selepas menghadiri Op Khas Terminal di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di Kuala Lumpur pada Rabu.

Lokman berkata, pihaknya turut memeriksa syarikat pengendali bas ekspres sama ada terdapat tunggakan saman JPJ atau polis yang tidak dijelaskan.

"Pada masa sama, kami juga menjalankan pemeriksaan teknikal terhadap tayar, brek dan peralatan keselamatan bas bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang dalam keadaan selamat.

"Kami juga memeriksa buku log setiap bas ekspres ini bagi memastikan pergerakannya berada dengan sempurna.

"Kami akan meneruskan pemeriksaan ini sepanjang bulan perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah bagi menjamin keselamatan semua pihak," katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai khususnya penunggang atau pembonceng motosikal untuk menggunakan kenderaan perkhidmatan awam seperti bas ekspres yang dilesenkan.

"Penggunaan kenderaan awam ini bagi perjalanan jarak jauh atau balik kampung akan dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan khususnya bagi penunggang serta pembonceng motosikal.

"JPJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan pemandu bas ekspres termasuk mana-mana pengguna jalan raya yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan," katanya.

Katanya, penguatkuasaan dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
(Baca disini mengenai IDP tidak boleh digunakan di luar negara) Baru-baru ini, JPJ melalui laman…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…