12 motosikal hangus terbakar; adakah perbuatan khianat atau tidak disengajakan?

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 12 motosikal dan sebuah kereta yang diparkir di kawasan lapang milik sebuah syarikat pembersihan di Jalan Sungai Jagung, Sungai Petani di sini terbakar kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, kebakaran melibatkan 12 motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi itu dipercayai milik pekerja syarikat berkenaan.

 

Menurutnya, sepasukan 15 anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran sebaik menerima panggilan pada jam 12.16 tengah hari.

 

"Kesemua 12 motosikal dianggarkan terbakar 95 peratus manakala kereta terbakar dalam anggaran 15 peratus.

 

"Kereta Perodua Myvi itu mengalami kerosakan melibatkan lampu depan dan pintu sebelah penumpang kiri," katanya.

 

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian masih dijalankan oleh Bahagian Forensik JBPM bagi mengenal pasti sama ada kejadian berlaku disebabkan terbakar atau khianat.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, walaupun tiada laporan polis diterima namun pihaknya telah mengarahkan pegawai forensik polis bersama forensik bomba untuk melakukan siasatan.

 

 

Sumber: Harian Metro

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Balai Bomba dan penyelamat Wangsa Maju menerima panggilan kecemasan dalam jam 5.05 pagi dan…
Berita Domestik
Allahyarham Zaini sedang menunggang motosikal bersama tujuh buah motosikal lain apabila beliau…
Informasi
  Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata apabila…