12 kereta 4-pintu terlaju di litar Nurburgring

oleh HEZERI SAMSURI|
Setiap tahun, setiap masa, rekod kenderaan paling laju di litar legenda Nurburgring sentiasa berubah kerana selain dari individu-individu, syarikat kenderaan sendiri menjadikan litar itu sebagai tanda aras kemampuan kenderaan mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di bawah ialah senarai 12 kenderaan 4-pintu paling laju di litar berhutan Jerman itu. Dari sedan, kepada hatchback dan juga SUV, pasti anda terkejut melihat siapa yang ada di dalam senarai 12 terpantas ini.

 

 

12. Cadillac CTS-V 2009
Masa satu pusingan 7:59.32
Dengan enjin V8 556hp, sedan prestasi dari US ini sebenarnya disasarkan kepada mereka yang mahukan sebuah sedan mewah tetapi pantas. Ia dikatakan alternatif kepada BMW M3 dan Mercedes-Benz C 63 AMG.

 

 

11. Subaru WRX STI 2011
Masa satu pusingan 7:55.0
Nyata ini akan menggembirakan ramai fanboy JDM. Subaru ini bukan hanya menawarkan prestasi tetapi menggunakan sistem AWD dan pengendalian yang mantap untuk mencapai rekod tempat kesebelas kenderaan 4-pintu paling laju di The Ring.

 

 

10. Mercedes-Benz E63 AMGS S 2013
Masa satu pusingan 7:55.0

Sedan mewah dari Jerman ini menggunakan enjin yang besar dan talaan sistem gantungan AMG untuk menyerang litar berliku ini. Berat tidak semestinya perlahan.

 

 

9. Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio 2018
Masa satu pusingan 7:51.7
Wakil tunggal SUV di dalam senarai ini, jenama Itali ini mungkin pertama kali menghasilkan sebuah SUV tetapi ia terus mampu mengalahkan Range Rover Sport SVR.

 

 

8. Volvo S60 Polestar 2017
Masa satu pusingan 7:51.11
Dibina untuk membuktikan bahawa jenama ini bukan hanya mengenai kemewahan dan keselamatan, S60 dengan enjin 362 hp twin-charged 4-silinder ini memang setanding dengan jenama-jenama dari Jerman.

 

 

7. Honda Civic Type-R 2015
Masa satu pusingan 7:50.63

Walaupun sebuah jentera pacuan roda hadapan (FWD), Honda membuktikan mereka mampu. Tidak hairan kenapa jenama Type-R mempunyai jutaan pengikut di seluruh galaksi.

 

 

6. Mercedes-AMG E63 S Wagon 2018
Masa satu pusingan 7:45.19
Kereta keenam paling pantas di dalam kategori 4-pintu ini ialah sebuah wagon. Ya, genre yang direka untuk mengangkut basikal anak dan anjing kini tidak lagi mempunyai isu untuk dipandu laju.

 

 

5. Honda Civic Type R 2017
Masa satu pusingan 7:43.8
Civic Type-R ini bukan sahaja kereta FWD terlaju di dalam litar Nurburgring, tetapi ia juga adalah Civic Type-R yang pertama diperkenalkan secara rasmi di US. Ia juga ada djiual di Malaysia dan sangat sesuai untuk dilekatkan logo Litar Ulu Yam di belakangnya.

 

 

4. BMW M5 2018
Masa satu pusingan 7:38.92

Memang tidak sah untuk senarai terpantas litar Nurburgring tanpa sebuah M5. BMW F90 M5 ini datang dengan enjin 4.4L Twin-Tubro V8 yang menghasilkan 591 bhp. Namun begitu, sebuah majalah online Eropah menguji sebuah M5 stock di atas dyno dan mereka dapati BMW terlalu merendah diri kerana M5 standard itu mencapai 625 bhp.Transmisi automatik 8-kelajuan torque-converter bagi memastikan ia lasak dan agar isteri anda pun mampu memandunya ke pasar. 

 

 

3. Porsche Panamera Turbo 2017
Masa satu pusingan 7:38.0
Panamera baharu ini bukan sahaja lebih cantik tetapi ia juga lebih laju. Malah, lebih laju dari BMW M5 atau Mercedes AMG E 63 S. Dan ia juga selesa untuk membawa seorang VIP di belakang. Menggiurkan, bukan? 

 

 

2. Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio 2017
Masa satu pusingan 7:32.0
Sedan dengan enjin Ferrari ini menghasilkan 505hp dan ialah kenderaan 4-pintu kedua terpantas di atas litar Nurburgring. Sayang ia tidak ada dijual di Malaysia. 

 

 

1. Jaguar XE SV Project 8
Masa satu pusingan 7:21.23
Berdasarkan sebuah Jaguar XE, model khas ini menggunakan panel-panel carbon-fibre untuk meringankannya. Ia juga lengkap dengan aerokit badan agar lebih aerodinamik.

Ya, kepak dan spoiler pada XE SV Project 8 ini bukan hanya setakat paras rupa tetapi lebih menjerumus kepada prestasi. Enjin 5.0L V8 supercharged menghasilkan 592 bhp dan hanya ada 300 unit yang dijual untuk pasaran global.

Siapa kata jenama milik Tata India ini semakin tenggelam? 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dijana dengan enjin 4.0 liter biturbo bentangan V8 TFSI, Audi RS Q8 ini mampu menghamburkan kuasa…
Berita Global
Sudah pasti kita akan merasa bangga apabila kereta ini mendapat tempat di hati masyarakat…
Berita Global
Kemudian, rekod tersebut dipadamkan oleh Tesla Model S Plaid pada September 2021 dengan catatan…