11 unit Polo Black & White habis terjual dalam masa kurang seminit!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena acara tahunan 11.11 Lazada Shopping Festival pada 11 November tempoh hari, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) dengan bangganya mengumumkan kesemua 11 unit Volkswagen Polo Black & White Edition telah habis terjual dalam masa bawah satu minit!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, kesemua 11 unit kereta hatchback tersebut habis ditempah pada 12.01 am, manakala transaksi pembelian pula telah disempurnakan dalam tempoh sejam selepas itu, sekaligus memecahkan rekod dan sasaran awal yang ditetapkan.
 


Edisi khas Polo Black & White yang dilancarkan beberapa hari yang lalu hanya dihadkan kepada 11 unit sahaja dan boleh didapati menerusi laman membeli belah dalam talian Lazada. 

Para pembeli hanya perlu membayar harga tempahan sebanyak RM799 untuk menikmati harga jualan serendah RM68,488 dengan tambahan aksesori percuma bernilai RM7,500.

Volkswagen Polo Black & White hanya ditawarkan dalam warna tunggal Candy White, sebelum menerima aksesori bertemakan hitam seperti spoiler belakang, pelindung cermin sisi, rim aloi 15 inci, serta pakej VW Tint.