11 tahun pandu bas kilang tanpa lesen!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Seorang pemandu bas pekerja sanggup memperjudikan nasibnya demi mendapatkan upah sebanyak RM30 untuk satu perjalanan sehari dengan memandu kenderaan itu tanpa lesen.

Difahamkan, pemandu berusia 48 tahun itu merupakan bekas seorang pemandu lori dan tidak pernah memperbaharui lesen memandunya sejak 11 tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Datuk Adenan Md. Isa berkata, sehubungan itu, pihaknya terpaksa menyita bas terbabit yang ketika itu membawa kira-kira 33 pekerja kilang warga asing.

“Kes ini secara tidak langsung membuktikan bahawa masih ramai pemandu kenderaan yang cuba mengambil kesempatan dengan tidak memperbaharui lesen memandu masing-masing terutamanya lesen GDL (kenderaan barangan) dan lesen PSV (lesen vokasional untuk kenderaan awam).

“Macam pemandu ini (pemandu bas pekerja yang ditahan). Dulu dia bawa lori, sekarang dia bawa bas dengan harapan bas kurang diperiksa.

Tapi, hari ini nasib dia tak baik. Bas dia kita (JPJ) sita dan dia dikompaun. Majikan juga mungkin kita akan ambil tindakan kerana membenarkan pemandu mereka memandu tanpa lesen memandu,” katanya kepada pemberita semasa meninjau operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan di Stesen Penguatkuasa JPJ, Valdor, Nibong Tebal pada Selasa.

Dalam operasi yang berlangsung selama lebih dua jam itu, sebanyak 276 kenderaan diperiksa dan 32 daripadanya diambil tindakan serta sebanyak 105 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu, Adenan berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 2,701 kesalahan telah dikesan membabitkan Kenderaan Perkhidmatan Awam dan Kenderaan Barangan sepanjang operasi bersepadu itu dijalankan bermula 1 November hingga 13 November.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, operasi yang bermula jam 2 pagi itu membabitkan 60 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM…
Berita Domestik
  "Kemalangan berpunca dari tayar depan kanan yang pecah dan pemandunya hilang kawalan lalu…
Berita Domestik
Menurut pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd Solihan…